ARKIB

KATEGORI

Info

Perodua D27A kekalkan legasi nama Alza, tempahan dan harga bakal diumum 23 Jun 2022

Info

Views

Tatkala beberapa rakan media hangat membuat ‘spekulasi’ mengenai model MPV tujuh-tempat duduk Perodua (D27A) yang dikatakan bakal mendapat nama baharu, ejen perisik kami Mat Bond kembali lagi dengan beberapa info terkini.

Seperti yang pernah dijelaskan dalam artikel terdahulu, legasi nama Alza akan terus digunakan oleh Perodua pada model D27A. Apa yang baharu katanya, hanyalah penggunaan jenis fon (font) dan rekaan emblem yang berbeza.

Dalam artikel terdahulu, carian kami di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), turut mendapati tarikh luput tanda dagang untuk model Alza adalah pada 1 Jun 2029.

Ia menimbulkan sedikit keraguan kerana model semasa Alza telah pun ditamatkan pengeluarannya pada bulan April lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

Baru-baru ini, Perodua telah memulakan propaganda awal pelancaran Alza 2022 (D27A) dengan menyiarkan video acah pertama menerusi saluran media sosialnya.

Ini sekali gus memberi petanda yang kehadiran model tersebut dalam tempoh yang terdekat. Tambah Mat Bond, ura-ura mengatakan pelancaran Alza 2022 (D27A) berkemungkinan pada 7 Julai 2022 (tertakluk kepada perubahan).

Tambahnya lagi, beberapa penasihat jualan Perodua juga memaklumkan yang tempahan akan mula dibuka dan harga model tersebut bakal diumumkan pada 23 Jun 2022 (Khamis minggu depan).

Alza 2022 (D27A) akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu X (asas), H (pertengahan) dan AV (andalan). Ia dikuasakan oleh 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Lima pilihan warna bakal ditawarkan dan berikut adalah senarai pilihan warna Alza 2022 (D27A) mengikut varian:

  • Ivory White (solid)
  • Glittering Silver (metalik)
  • Elegant Black (metalik)
  • Garnet Red (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X
  • Vintage Brown (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X

Antara ciri-ciri menarik Alza (D27A) adalah brek parkir elektronik, corong pendingin hawa baris belakang, kamera 360 darjah, mod pemanduan (Normal, Eco dan Power), panel meter digital (varian H dan AV) dan unit infohibur skrin sentuh 9-inci dengan sistem ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto (varian H dan AV).

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi 6 beg udara, ABS, EBD, BA, VSC, brek cakera belakang, Amaran Pra-Perlanggaran, Brek Pra-Perlanggaran, Amaran Berlepas Hadapan, Kawalan Injak Pincang Tugas (Pedal Misoperation Control), Amaran Keluar Lorong, Pencegahan Keluar Lorong, Lampu Tinggi Automatik, Lampu Pemanduan Adaptif (varian H dan AV), Kawalan Jelajah Adaptif (varian AV), Kawalan Kekal Lorong (varian AV), Pemantau Titik Buta (varian AV), dan Amaran Lintasan Belakang (varian AV).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply