ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMWT lancar Toyota Yaris 2023 yang dikemaskini – Dua varian, harga dari RM88,000

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini memperkenalkan Yaris 2023 yang dikemaskini dari segi reka bentuk, penambahan teknologi baharu serta ruang dalaman yang lebih segar.

Sejak pelancarannya pada tahun 2019, lebih daripada 60,300 unit Yaris telah pun terjual setakat ini. Versi facelift 2023 ditawarkan dengan dua pilihan varian iaitu 1.5E dan 1.5G.

Berikut adalah pilihan varian dan harga Yaris 2023 (atas jalan tidak termasuk insurans):

  • Yaris 1.5E – RM88,000
  • Yaris 1.5G – RM91,600

Dengan slogan “Dare To Live: Amp Up Your Vibe“, kedua-dua varian kini tampil lebih sporty dengan skirting hadapan dan belakang, serta pilihan kemasan dwitona dengan bumbung berwarna hitam.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Lima pilihan kombinasi warna ditawarkan, iaitu Red Mica Metallic dan Platinum White Pearl (pilihan satu tona atau dwitona), manakala warna Silver Metallic hanya ditawarkan dengan pilihan satu tona sahaja.

Kedua-dua varian juga masih mengekalkan enjin 2NR-FE 1.5 liter Dual VVT-i yang menjana 107 PS dan 140 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi CVT bersama7-kelajuan Sport Sequential Shiftmatic.

Ruang dalaman bagi kedua-dua varian kini dilengkapi paparan unit inforia 9-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar, pengecas nirwayar, kemasan tempat duduk fabrik dengan reka corak baharu dan slot USB jenis-C.

Bukan itu sahaja, perakam video (DVR) didatangkan secara standard dengan sambungan telefon pintar serta kluster instrumen Optitron serba baharu dengan paparan grafik kombinasi warna merah dan putih.

Selain itu, varian Yaris 1.5G turut didatangkan dengan stereng kemasan kulit lembut dengan paddle shifter, tag RFID dan penderia bantuan parkir di hadapan dan belakang.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dari aspek keselamatan pula, Yaris 2023 masih mengekalkan penarafan 5-bintang ASEAN NCAP menerusi Toyota Safety Sense yang terdiri daripada:

  • Sistem Praperlanggaran dan Peringatan Keluar dari Lorong
  • Tujuh beg udara SRS
  • Pemantauan Titik Buta dengan Amaran Lintasan Belakang
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan
  • Bantuan Mula Mendaki
  • Monitor pandangan panorama 3D dan banyak lagi.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Datuk Ravindran K, pihaknya yakin Yaris 2023 baharu ini akan memenuhi segala yang dimahukan oleh golongan ‘Gen-Z’ dalam sesebuah kereta.

Bagi memberikan lebih ketenangan fikiran kepada pemiliknya, Yaris 2023 didatangkan dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply