Lebih 1,000 penduduk Taman Alam Sutera, Puncak Alam di Kuala Selangor merayu pihak berwajib membina simpang empat dan lampu isyarat di kawasan itu bagi mengelak kesesakan teruk sejak setahun lalu.
Kemudahan infrastruktur itu turut penting berikutan kawasan berkenaan kerap berlaku kemalangan sama ada kenderaan atau motosikal.
Wakil penduduk, Syed Rahimin Shah Syed Ahmad Shah, 37, berkata kawasan itu mempunyai persimpangan sebelum ini, namun ditutup berikutan kerja pembinaan projek perumahan.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
“Kini, simpang itu ditutup setahun sekali gus menyulitkan penduduk terutama yang mahu menghala ke Meru atau laluan Persiaran Mokhtar Dahari.
“Penduduk terpaksa membuat pusingan U sejauh satu kilometer dan keadaan lebih teruk pada waktu puncak kerana aliran trafik perlahan sehingga memakan masa lebih 20 minit”.
Dia berkata demikian ketika meninjau lokasi itu bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan hari ini.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Bagi penduduk, Zulfadzli Ahmad, 42, berkata, dia tidak membantah sebarang pembangunan di kawasan berdekatan, namun perlu mengambil kira kemudahan penduduk setempat.
“Ramai ibu bapa mengeluh apabila van yang menjadi pengangkutan utama anak ke sekolah tidak mahu memasuki taman perumahan. Setakat ini hanya ada satu van sekolah yang masih mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah berdekatan,” katanya.
Sementara itu, Harrison Hassan berkata, beliau akan mengajukan permasalahan berkenaan kepada pihak pemaju perumahan dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bagi perbincangan lanjut. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI