ARKIB

KATEGORI

Buletin

Selepas bulan, India lancar misi ke matahari

Berita Tempatan

Views

Agensi angkasa lepas India hari ini melancarkan kapal angkasa untuk mengkaji matahari. Pelancaran itu dibuat beberapa hari selepas menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan, bahagian yang belum diterokai.

Lapor BBC, kapal angkasa Aditya-L1 berlepas dari landasan pelancaran di Sriharikota kira-kira 11.50 pagi (waktu tempatan).

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Kapal itu akan mengembara ke orbit lingkaran cahaya di kawasan angkasa kira-kira 1.5 juta kilometer (km) dari bumi, sekitar satu peratus jarak bumi-matahari.

Menurut agensi angkasa lepas India, Aditya-L1 akan mengambil masa kira-kira empat bulan untuk pergi ke tempat pemerhatiannya. Dilaporkan, Aditya-L1 bermaksud matahari dalam bahasa Hindi.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ia dilancarkan dari menggunakan kenderaan pelancar satelit polar (PSLV). Pagi tadi, ribuan penduduk berkumpul di galeri tontonan ditubuhkan oleh Agensi Penyelidikan Angkasa India (ISRO) berhampiran tapak pelancaran untuk menyaksikan pelancaran kapal Aditya-L1.

Pelancaran itu juga disiarkan secara langsung di televisyen tempatan India. Sementara itu, pasukan saintis ISRO memaklumkan pelancaran kapal angkasa itu berjaya dan prestasinya dalam keadaan baik.

ISRO mengisytiharkan misi itu berjaya selepas sejam empat minit masa penerbangan. “Kini, kapal Aditya-L1 akan meneruskan perjalanannya yang akan mengambil masa selama 135 hari. Kita mendoakan yang terbaik,” kata Ketua ISRO, Sreedhara Panicker Somanath. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Swarajya

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply