ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis siasat video tular lelaki tak berbaju pukul penunggang motosikal

Tular

Views

Polis menyiasat kejadian tular kemalangan dan pukul di Jalan Utama Cheras Perdana, di Kajang, membabitkan dua penunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan berhubung perakam video pemuka kenderaan membabitkan penunggang motosikal itu, 12.09 tengah hari tadi.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurutnya, kejadian disyaki berlaku pada 11.25 pagi Jumaat lalu, di mana sebuah motosikal keluar secara tiba-tiba dari simpang menyebabkan sebuah lagi motosikal yang melalui jalan utama yang ditunggang lelaki tanpa baju, gagal mengawal kenderaan lalu melanggar motosikal berkenaan.

Jelasnya, penunggang motosikal tanpa berbaju terus bertindak memukul penunggang motosikal berkenaan dengan menggunakan tangan dan kaki.

Menerusi satu kenyataan, kejadian berkenaan dirakam melalui papan pemuka sebuah kereta sebelum dimuatnaik dan tular di Telegram.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Mohd Zaid berkata, sehingga kini pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan berhubung kemalangan atau kejadian pukul itu daripada pihak yang terbabit.

Kes diteruskan dan disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply