ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengalaman menaiki bas elektrik di Kota Kinabalu ibarat perjalanan ke masa depan

Berita Tempatan

Views

Perkhidmatan bas elektrik yang diperkenalkan di bandar raya ini menerusi operasi percubaan secara percuma bermula Jun lalu, mendapat reaksi positif pengguna pengangkutan awam.

Menurut Harian Metro, perkhidmatan yang dikenali sebagai ‘EbusKK‘yang setakat ini menggunakan sebuah bas, beroperasi di antara Menara Kinabalu yang menempatkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah (PPNS) di Likas dengan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) di Sepanggar sejauh kira-kira 15 kilometer.

Penyelia pembinaan, Johan Abdul Shukor, 50, yang menjadikan perkhidmatan itu untuk berulang-alik ke tempat kerja menyifatkan inisiatif yang diambil anak syarikat kerajaan negeri, Qhazanah Sabah Berhad (QSB), sebagai bermanfaat.

Johan turut menyifatkan, menaiki perkhidmatan bas elektrik yang pertama di Sabah itu umpama perjalanan ke masa hadapan sejajar usaha menambah baik sistem pengangkutan awam, khususnya di bandar raya ini.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Perkhidmatannya selesa kerana ruang dalam bas yang lebih luas dan berhawa dingin serta kelihatan lebih moden. Tambah Johan, ia umpama perjalanan ke masa hadapan dan tidak menyangka bas berkenaan beroperasi menggunakan bateri sepenuhnya.

Kata Johan, selama ini, dia hanya mengetahui mengenai kewujudan bas elektrik melalui televisyen dan tidak pernah terfikir dapat merasai sendiri pengalaman menaikinya.

Pekerja pejabat, Nur Hasliana, 35, yang menaiki perkhidmatan berkenaan dari Universiti Apartment di sini, ke Sepanggar berkata, bas elektrik itu adalah usaha permulaan yang baik ke arah memodenkan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negeri Sabah.

Ujarnya, sekarang sudah 2022, jadi sudah tentu warga Kota Kinabalu mahukan pengangkutan awam yang sistematik. Usaha ini dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan diharap boleh juga mengurangkan kos sara hidup.

Penggunaan bas elektrik juga baik untuk alam sekitar negeri ini. Perkhidmatan bas elektrik itu yang disediakan secara percuma hingga akhir tahun ini juga menjadi pilihan pengangkutan pelajar yang tinggal di sekitar Likas dan Sepanggar.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Sementara itu, Ketua Kejuruteraan dan Tenaga QSB Jeremy Kimsin berkata, perkhidmatan percubaan EbussKK berkenaan bertujuan mengumpul maklum balas pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pihaknya juga perlu mendapatkan maklum balas daripada pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada seperti bas dan bas mini.

Selain itu, beliau berkata, perkhidmatan percubaan bas elektrik di laluan antara Menara Kinabalu dan Sepanggar itu juga bagi menguji ketahanan bateri yang digunakan untuk mengoperasikan kenderaan berkenaan selain aspek penyelenggaraan yang perlu dilaksanakan.

Pada Jun lalu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya merasmikan perkhidmatan percubaan bas elektrik berkenaan yang disifatkannya sebagai langkah permulaan ke arah menyediakan pengangkutan awam yang lebih selesa dan mesra alam di bandar raya ini.

Bas elektrik berkapasiti 54 penumpang itu berharga RM1.2 juta seunit. QSB sebelum ini mensasarkan antara lima hingga 20 bas seumpama itu bakal beroperasi di bandar raya ini selepas tempoh percubaan sehingga Disember ini tamat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit E-Bus KK – Qhazanah Sabah Berhad

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply