ARKIB

KATEGORI

Tular

Proton Waja ‘terbang’ atas bumbung garaj, hempap 3 kereta

Tular

Views

Bagaikan babak dalam filem aksi apabila sebuah kereta Proton Waja melambung ke atas bumbung garaj dan jatuh menghempap tiga kenderaan selepas terbabas di Jalan Batu Berendam di Melaka, awal pagi kelmarin.

Menurut Harian Metro, nahas pada 2.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila pemandunya, Jeremy Ong Chin Shen, 35, hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kiri jalan lalu merempuh paip air dan motosikal milik pekerja sebuah kilang di situ.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesan kemalangan itu menyebabkan mangsa yang bekerja sendiri parah dan kini dirawat di zon merah Hospital Melaka (HM).

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Jelas beliau, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Peringgit menghala ke Batu Berendam untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun, tiba-tiba keretanya hilang kawalan lalu melanggar paip air di sebelah kiri jalan dan terbabas melanggar motosikal serta melambung di atas bumbung parkir kenderaan Kilang CentralCable lalu menghempap tiga kereta lain.

Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan dalaman dan masih menunggu rawatan ‘CT Brain’ di zon merah HM. Motosikal dan tiga kereta dihempap itu adalah milik operator kilang terbabit.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Menurut Christopher, pegawai penyiasat sudah mengambil sampel darah pemandu terbabit untuk ujian alkohol dan dadah dalam darah.

Katanya, setakat ini belum ada saksi kejadian hadir untuk memberi keterangan dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan nahas itu di media sosial yang mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply