ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penjualan atau pendaftaran nombor pendaftaran khas berakhir hari ini

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media yang disiarkan di laman Facebook rasminya, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memberi peringatan kepada orang ramai bahawa tempoh jualan dan pendaftaran bagi nombor pendaftaran khas akan berakhir pada 31 Disember 2019. Selepas dari tarikh itu tiada lagi sebarang penjualan mahupun pendaftaran akan dibenarkan.

JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Sejak 2010, pihak JPJ sudah meluluskan nombor pendaftaran khas kepada beberapa persatuan, yayasan, syarikat, badan kebajikan serta agensi kerajaan. Mereka telah diberikan tempoh yang mencukupi untuk menjual dan menguruskan nombor pendaftaran khas ini.



JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

Sehubungan ini, orang awam adalah dinasihatkan untuk menyelesaikan segala urus niaga berkaitan pendaftaran nombor khas sebelum atau pada 31 Disember 2019. Ini adalah bagi mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah sewatu proses pendaftaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply