ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bina lebih banyak laluan khas motosikal – MIROS

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, Pengarah Penyelidikan dan Kejuruteraan Keselamatan Jalan Raya dan Persekitaran, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Dr Muhammad Marizwan Abdul Manan mencadangkan pembinaan lebih banyak laluan khas motosikal termasuk di jalan sedia ada kerana ia mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini.

Jelas beliau, kemudahan itu boleh dilaksanakan dengan menurap bahu jalan sedia ada. MIROS berpandangan pembinaan lorong motosikal tidak eksklusif ini dapat mengurangan kadar kemalangan, membabitkan kenderaan dua roda, di negara ini.

JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Tambahnya, pelaksanaan cadangan secara strategik ke atas sistem jalan raya sedia ada ini tidak mustahil dilakukan, sekiranya mempunyai bajet yang mencukupi. Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam temu bual khas bertajuk, “Motosikal: Sumber Kemalangan Maut”, di Bernama Radio di Kuala Lumpur.

Berdasarkan statistik 2018, secara purata18 kematian direkodkan setiap hari di seluruh negara, dan kebanyakannya melibatkan penunggang motosikal. Muhammad Marizwan berkata cadangan pembinaan laluan khas motosikal itu juga, bergantung kepada jumlah pengguna motosikal atau kadar kekerapan kemalangan di sesuatu kawasan, sebelum laluan berkenaan diwujudkan.



JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

Mengulas mengenai cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil (kapcai) kepada 70km/jam, beliau berkata pelaksanaan itu perlu dilaksanakan, selaras dengan pembinaan laluan khas motosikal itu. Ini kerana pembinaan laluan khas motosikal itu dapat membantu pihak berkuasa membuat pemantauan, terhadap undang-undang had laju.

Sebelum ini, aktivis prokeselamatan jalan raya ‘The Safety First Group’ menggesa kerajaan untuk menguatkuasakan had laju 70km/j untuk motosikal ‘kapcai’, selain meminta lebih banyak laluan khas motosikal dibina, bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan golongan itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO
JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply