ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penumpang sengaja tarik brek kecemasan punca tren ETS lewat 2 jam tiba di Ipoh

Berita Tempatan

Views

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengingatkan pengguna tren elektrik (ETS) supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren ketika ia sedang beroperasi.

Amaran itu dikeluarkan susulan tindakan penumpang tren ETS yang menarik brek kecemasan dengan sengaja ketika tren sedang bergerak, kelmarin.

Susulan insiden itu, tren terbabit mengalami kelewatan selama 120 minit. “Insiden terbabit berlaku kelmarin, 12 Oktober sekitar 11.25 malam dan ia dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

“Ia membabitkan tren ETS ES9052 yang sedang dalam perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh. “Tren itu berlepas dari KL Sentral pada 9.40 malam dan dijadualkan tiba di Ipoh pada 12.16 tengah malam. Bagaimanapun, berikut insiden ini, tren tiba di Ipoh jam 2 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menerusi kenyataan sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin, meminta semua pengguna tren KTMB untuk tidak melakukan sebarang tindakan sedemikian.

“Kami memandang serius perkara seperti ini dan sedang menyediakan laporan lengkap berkaitan insiden itu untuk diserahkan kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Pengguna tren yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 122, Akta 715, Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Menerusi akta itu, mana-mana orang yang menggunakan secara tidak wajar alat isyarat kecemasan disediakan pengendali berlesen dalam mana-mana koc atau tren kereta api bagi kegunaan penumpang untuk memberhentikan tren kereta api itu dalam hal kecemasan dikira melakukan kesalahan.

Penumpang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply