Buat julung kalinya dalam sejarah Formula 1, kesemua 10 pasukan iaitu Alpine, Aston Martin, Ferrari, Haas, Kick Sauber, McLaren, Mercedes, Racing Bulls, Red Bull, dan Williams bersama pemandu dan Prinsipal Pasukan mereka akan berkumpul bersama peminat untuk melancarkan musim baharu, memperkenalkan liveri 2025 dan sambutan ulang tahun ke-75 sukan ini.
Acara tayangan perdana dunia yang belum pernah berlaku ini akan berlangsung pada 18 Februari 2025 antara jam 8 malam hingga 10 malam di The O2, London, dan akan menerima sentuhan kreatif Brian Burke dari BrianBurkeCreative, Stufish Entertainment Architects, DX7 Design, dan syarikat produksi 1826.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Beliau merupakan seorang penerbit kreatif yang telah dicalonkan untuk International Emmy. Malam yang luar biasa ini bakal menyaksikan peminat terlibat dalam drama dan kehebatan Formula 1, apabila mereka bersama pasukan untuk memperkenalkan liveri 2025 mereka dan barisan pemandu untuk musim yang akan datang.
Harga tiket adalah mengikut lokasi di The O2, bermula dari £58 hingga £113. Harga ini termasuk yuran tempahan (yuran transaksi tambahan sebanyak £2.50 bagi setiap pesanan akan dikenakan) dan akan mula dijual pada jam 10 pagi, Jumaat 15 November di www.theo2.co.uk/F175live.
Peminat yang tidak dapat hadir secara fizikal masih dapat menonton acara ini menerusi secara langsung. Butiran penyiaran dan maklumat lanjut tentang acara akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Presiden & CEO of Formula 1, Stefano Domenicali berkata, tahun 2025 dijangka bakal menjadi ‘musim klasik’ selepas segala drama yang berlaku pada 2024.
Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem berkata, pihaknya berbesar hati untuk bergabung dengan rakan sekerja di FOM dan semua pasukan dalam penganjuran acara pelancaran musim Formula 1 yang pertama.
Menurut Penerbit Eksekutif dan Pengarah Kreatif untuk BrianBurkeCreative, Brian Burke, malam itu nanti akan menjadi acara yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan tidak boleh dilepaskan!.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI