ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Alza baharu (D27A) terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Berita Tempatan

Views
ASEAN NCAP - Perodua Alza (2022)

Setelah kembarnya Toyota Veloz lulus penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP, Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) hari ini mengumumkan keputusan ujian untuk model generasi kedua Perodua Alza (D27A).

Model MPV tujuh-tempat duduk ini lebih cemerlang dengan menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 81.64 mata. Alza baharu (D27A) merupakan model keempat yang dinilai di bawah protokol terkini 2021-2025.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Berikut adalah skor bagi keputusan ujian untuk model Perodua Alza (D27A):

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 36.20 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 16.88 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 18.57 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 18.57 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

Model ini dilengkapi dengan kelengkapan standard seperti 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Peringatan Tali Ledar (SBR) untuk penumpang depan dan belakang.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Sebagai tambahan, kelengkapan standard model ini turut merangkumi sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB), Suluhan Lampu Tinggi dan teknologi Perlindungan Pejalan Kaki untuk semua varian.

Ia turut ditawarkan dengan teknologi bantuan keselamatan termaju yang lain seperti sebagai standard dan pilihan seperti Pengesanan Titik Buta (BSD), Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Perlanggaran Hadapan (FWC) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA).

Menurut Ketua Pengarah MIROS yang juga merangkap Setiausaha Agung ASEAN NCAP dan Pemangku Pengerusi, Yang Berhormat Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim, pihaknya amat berbangga kerana pengeluar tempatan seperti Perodua semakin progresif dalam keselamatan kenderaan dengan mematuhi keperluan ketat ASEAN NCAP.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply