ARKIB

KATEGORI

Tular

Niat murni beri laluan, kereta pula terjunam ke sungai

Berita Tempatan

Views

Niat murni pemandu sebuah kereta mewah ingin memberi laluan kepada kenderaan lain di lorong sempit di Jalan Sungai Nibong di sini berakhir tragedi apabila terjunam masuk ke dalam sungai, semalam.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

KOSMO! ONLINE melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, pemandu, Liow Shang Kang, 37, bagaimanapun berjaya keluar dari keretanya jenis Mercedes-Benz E250 bagi menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Batu Berendam ke arah Taman Kerjasama, Bukit Beruang melalui Jalan Sungai Nibong.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Semasa mangsa melalui Jalan Sungai Nibong, dia telah memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Mangsa telah rapat ke bahu jalan sebelum tiba-tiba tergelincir masuk ke dalam sungai.

Tambahnya, mangsa berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Semasa pegawai penyiasat tiba di lokasi kenderaan terlibat masih berada di dalam sungai tersebut. Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply