ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Aruz kini SUV paling popular di Malaysia – Tempoh menunggu lebih singkat, seawal satu bulan

Berita Tempatan

Views

Perodua telah berjaya mengurangkan tempoh menunggu bagi model SUV tujuh tempat-duduknya, Aruz antara satu bulan hingga satu setengah bulan bergantung kepada model berbanding kira-kira antara dua bulan hingga dua setengah bulan sebelumnya berikutan peningkatan dari segi pengeluaran.

Disebabkan oleh peningkatan pengeluaran, Perodua menganggarkan pencapaian jualan Januari hingga Julai mencapai 140,900 unit untuk semua model, yang mana setanding dengan 140,900 unit dengan tempoh yang sama tahun lepas.

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Dari bulan Januari hingga Julai tahun ini, Perodua telah berjaya menjual sebanyak 17,989 unit Aruz. Mengulas mengenai perkara ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, untuk perbandingan, bulan Jun, Julai dan Ogos tahun lalu menyaksikan “cuti cukai” yang terhasil daripada keputusan penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST oleh kerajaan.

Walaupun begitu, prestasi Perodua jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kesan semasa “cuti cukai” tersebut. Mengenai Aruz, Datuk Zainal berkata, Perodua dapat meningkatkan proses pengeluarannya sekaligus menyaksikan proses penghantarannya lebih cepat.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

Tambahnya, Perodua akan terus menumpukan kepada kualiti dan penghantaran serta mengucapkan terima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan sehingga Aruz menjadi SUV yang paling popular di Malaysia. Beliau berkata, Perodua akan mengekalkan sasaran jualannya sebanyak 235,000 unit menjelang akhir tahun ini, peningkatan sebanyak 3.4 peratus daripada 227,234 unit pada tahun lalu.

Pada 17 Julai, Perodua telah mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan sasaran jualannya kepada 235,000 unit untuk 2019, peningkatan 4,000 daripada sasaran awal 231,000 yang diumumkan pada Januari lalu. Jumlah sasaran pengeluaran untuk 2019 telah ditingkatkan kepada 249,000 unit, penambahan 2.9 peratus daripada sasaran sebelumnya iaitu sebanyak 242,000 unit.

Kedua-dua loji pembuatan kini beroperasi pada kapasiti 97 peratus, yang mana Perodua mencatat kestabilan operasi pada tahap optimum. Angka ini meningkat berbanding tahun lepas sebanyak 96.2 peratus bagi PMSB dan 94.6 peratusbagi PGMSB. Sementara itu, kecacatan per unit (DPU) di kedua-dua loji turut mencatatkan penurunan yang stabil.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply