ARKIB

KATEGORI

Buletin

Carta TIV – Proton kembali panjat posisi kedua selepas 3 tahun

Berita Tempatan

Views

Selepas 40 bulan, Proton kini kembali ke kedudukan kedua dalam carta Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) di Malaysia. Kali terakhir mereka berada di dalam kedudukan tersebut adalah pada Mac 2016, manakala jika mengikut tahun kalendar pula adalah pada tahun 2015. Untuk bulan Julai, Proton telah berjaya menjual sebanyak 8,590 unit kenderaan.

Pegangan pasaran bagi bulan yang sama pula dianggarkan sebanyak 16.5 peratus dengan TIV dianggarkan pada 51,960 unit. Pegangan pasaran keseluruhan untuk tahun ini pula kini dianggarkan sebanyak 15 peratus. Dalam tempoh 12 bulan lalu, jualan automotif di Malaysia meningkat apabila pembelian tanpa cukai dilaksanakan dari bulan Jun sehingga Ogos.

Proton turut mengambil kesempatan itu dengan mencatatkan jualan yang baik sepanjang tempoh tiga bulan tersebut. Meskipun pada tahun ini tiada lagi pembelian tanpa cukai dilaksanakan, Proton masih menunjukkan pertumbuhan yang positif.

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Pada bulan Jun, jualan mereka mengalami kenaikan sebanyak 23 peratus dan ia terus meningkat sebanyak 6 peratus pada bulan berikutnya. Proton juga merupakan satu-satunya jenama automotif yang menunjukkan pertumbuhan positif untuk bulan lepas.

Bagi tahun 2019, jumlah jualan setakat ini adalah sebanyak 52,269 unit berbanding 35,561 pada tahun lepas. Ia meningkat sebanyak 47 peratus dalam keseluruhan jualan dari tahun ke tahun. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong, kenaikan posisi ke tempat kedua telah berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan.

Dengan pelancaran Saga 2019 tidak lama lagi dan dengan pengenalan produk lain dalam perancangan, mereka yakin akan mendapat hasil yang lebih baik pada masa hadapan. Varian Premium dan Eksekutif X70 terus menjadi peneraju dalam segmen SUV masing-masing dengan 1,932 unit diserahkan pada bulan Julai dan sebanyak 17,023 unit pada 2019.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

Persona 2019 pula menjadi model paling laris dalam pasaran sedan segmen B dengan 2,720 unit telah diserahkan bulan lalu. Ia berjaya mengatasi pesaing dari Jepun yang sebelum ini menguasai segmen itu. Setakat ini, sebanyak 10,034 unit telah diserahkan dan jualannya meningkat sebanyak 3 peratus dari tahun ke tahun.

Selain itu, Iriz 2019 juga mencatatkan kenaikan jualan dengan  974 unit telah diserahkan pada bulan Julai. Sebanyak 3,035 unit Proton Iriz telah pun terjual hingga kini dan jumlah jualan telah meningkat sebanyak 53 peratus dari tahun ke tahun.

Bagi Saga, model ini berjaya dijual sebanyak 2,381 unit pada bulan Julai daripada jumlah keseluruhan iaitu 17,722 unit. Walaupun terdapat penurunan berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, jualan keseluruhan masih meningkat sebanyak 14 peratus.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply