ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua atasi jumlah jualan 200,000 unit

Berita Tempatan

Views

Perodua baru-baru ini telah berjaya melepasi paras jualan sebanyak 200,000 setelah syarikat kereta kompak itu mencatatkan pendaftaran sejumlah 222,203 kenderaan antara Januari dan Oktober tahun ini

Ini membolehkan pendaftaran kereta Perodua meningkat sebanyak 51.2 peratus, berbanding hanya 146,951 unit yang dijual dalam tempoh yang sama pada 2021.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, terdapat jurang pada jualan antara Jun dan Ogos tahun lalu berikutan penutupan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi membendung kes Covid-19.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ujar beliau, pihaknya menjangkakan momentum pendaftaran akan terus meningkat sehingga akhir tahun. Bagi Oktober 2022, Perodua menjual 25,849 unit iaitu peningkatan sebanyak 5 peratus, berbanding 24,626 unit yang dijual pada September 2022.

Tiga model terlaris Perodua pada Oktober ialah Bezza dengan 6,768 unit, diikuti Myvi dengan 6,130 unit dan Axia dengan 4,989 unit.

Dari segi pengeluaran, Perodua telah mengeluarkan 22,974 unit pada Oktober menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang dikeluarkan adalah sebanyak 229,811 unit antara Januari dan Oktober tahun ini.

Perodua merancang untuk meningkatkan lagi pengeluaran dan jumlah jualan mereka kerana cuba melepasi sasaran jualan yang ditetapkan sebelum ini bagi tahun 2022 dan ini akan dapat mengurangkan tempoh menunggu para pelanggan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Prestasi pengeluaran dan jualan yang lebih tinggi daripada jangkaan telah memberi kesan positif kepada ekosistem automotif tempatan, memandangkan secara purata 95 peratus alat ganti Perodua adalah diperoleh secara tempatan.

Malah, kadar penyetempatan yang tinggi juga telah membantu melindungi Perodua daripada turun naik pasaran pertukaran matawang asing pada masa ini.

Perodua berhasrat untuk menambah baik lagi rantaian bekalan automotif tempatan kerana dengan adanya industri ini, ia memberi banyak manfaat kepada Perodua dan para pengguna.

Pada Januari tahun ini, pembuat kereta kompak nasional itu telah mengumumkan sasaran pendaftaran sebanyak 247,800 unit untuk 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply