ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hon H3F Digital Fanfare keluaran Bosch kini di Shopee dan Lazada, harga RM 89.90

Berita Tempatan

Views

Jenama Pengilang Peralatan Asal (OEM) terkemuka di dunia dari Jerman, Bosch, baru-baru ini telah memperkenalkan produk terbaharu mereka, iaitu Hon H3F Digital Fanfare.

Ia kini boleh didapati menerusi Kedai Rasmi Bosch Autoparts di platform e-dagang Shopee dan Lazada.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Sebagai yang pertama memfailkan paten di seluruh dunia untuk hon automotif, hon Bosch merupakan komponen utama dalam kenderaan yang dihasilkan oleh beberapa pengeluar kenderaan terkemuka dunia hari ini.

Dengan penggunaan arus elektrik yang 30 peratus lebih rendah berbanding hon kereta konvensional, ia mengurangkan ketegangan pada bateri dan gangguan elektromagnet, sekali gus sesuai untuk kereta moden dengan Unit Kawalan Elektronik (ECU) dan sistem navigasi yang kompleks.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Dengan ‘Kuasa Digital’, H3F Digital Fanfare mempunyai ciri-ciri seperti:

  • Teknologi mikrocip inovatif untuk kualiti bunyi yang dipertingkatkan
  • Keandalan prestasi tinggi yang bertahan sehingga sepuluh kali lebih lama berbanding hon mekanikal konvensional
  • Bunyi dan prestasi yang stabil walaupun menggunakan secara hon berterusan dalam tempoh lama
  • Tahan kakisan dengan teknologi Penapis Nano
  • Tahan terhadap persekitaran yang berubah-ubah berbanding hon konvensional

Untuk masa yang terhad, H3F Digital Fanfare akan dijual pada harga RM 89.90 setiap set, dan kini boleh didapati di kedai rasmi Bosch Autoparts di Shopee dan juga Lazada.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply