ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gojek dapat lampu hijau!

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melaksanakan perkhidmatan teksi motosikal atau Go-Jek di Malaysia secara prinsipnya telah dipersetujui setelah Kabinet bermesyuarat hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang mengesahkan perkara itu, berkata Kabinet sudah memberi lampu hijau mengenai program itu namun KBS dan Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu tampil dengan perincian undang-undang terlebih dahulu secepat mungkin.

JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0

Menurutnya, beliau menjangkakan KBS dan MOT akan tampil dengan undang-undang yang perlu dalam tempoh dua bulan ini sebelum boleh dilaksanakan. Tambahnya, apa saja proses untuk membangunkan ekonomi anak muda perlu mengikut proses undang-undang sedia ada.

Jika terpaksa melonggarkan atau mewujudkan undang-undang baharu, KBS dan MOT akan mengkajinya dengan secepat mungkin sebelum dipersetujui Kabinet. Katanya, undang-undang yang dikaji itu kelak mungkin akan menetapkan supaya Go-Jek tidak boleh ditempatkan di lebuh raya kerana ia mungkin mendatangkan kemudaratan dan keselamatan.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini telah membentangkan usul dan cadangan untuk melaksanakan program itu kepada Kabinet. Menerusi kaji selidik yang dimuat naik di akaun Twitternya baru-baru ini, Syed Saddiq berkata, cadangan tersebut adalah untuk membantu golongan anak muda yang mempunyai motosikal, membuat perniagaan kecil menggunakan mod kenderaan itu.

Go-Jek adalah antara syarikat pemula niaga unicorn di rantau ini dan menumpukan kepada rangkaian pengangkutan dan permulaan logistik yang berpusat di Jakarta, Indonesia menggunakan aplikasi dalam talian. Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan, kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima kertas cadangan daripada pelabur swasta dalam perkhidmatan pengangkutan termasuk cadangan daripada perkhidmatan teksi motosikal, Go-Jek.

Katanya, kementeriannya akan meneliti perkara itu dari setiap sudut termasuk implikasi perkhidmatan itu. Sekiranya ia mendapat sokongan Kabinet, kementeriannya akan mengambil alih pelaksanaan perkhidmatan Go-Jek dan akan melakukan kajian terlebih dulu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu
JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply