ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Axia 2023 (D74A) terima penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP

Berita Tempatan

Views

Laman sesawang rasmi Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengumumkan keputusan ujian untuk model pertama Perodua tahun 2023, Axia generasi kedua (D74A).

Model yang bakal dilancarkan pada 14 Februari itu nanti telah menerima penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 73.55 mata.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Di bawah protokol penilaian terkini ASEAN NCAP 2021-2025, kenderaan akan dinilai berdasarkan empat kategori yang merangkumi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) dan Keselamatan Motosikal (MS).

Berikut adalah skor bagi keputusan ujian untuk model Perodua Axia 2023 (D74A):

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 32.06 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 17.03 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 15.71 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 8.75 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Axia 2023 (D74A) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV. Kesemua varian didatangkan secara standard dengan ABS, EBD dan BA, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), bantuan mula mendaki (HHA) dan kawalan cengkaman (TRC).

Bagi varian AV, ia mendapat tambahan ciri keselamatan seperti Perodua Smart Drive Assist (PSDA) dan enam beg udara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply