ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua berjaya raih Emas di Anugerah Jenama Putra untuk tahun kedua berturut-turut

Views

Perodua sekali lagi telah meraih Emas di Anugerah Jenama Putra 2018 pada Jumaat yang lepas, kemenangan Emas kali kedua berturut-turut sebagai jenama automotif kegemaran rakyat Malaysia. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata mereka gembira dan dalam masa yang sama berasa rendah hati dengan pengiktirafan ini.

Perodua akan terus memperbaiki diri dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang terbaik khususnya kepada para pelanggannya serta rakyat Malaysia menerusi program-program yang dianjurkan. Anugerah Jenama Putra ini mengiktiraf jenama-jenama kegemaran Malaysia berdasarkan wawancara dengan orang ramai. Perodua telah memenangi sebanyak lapan anugerah sepanjang sembilan tahun acara ini diadakan dan meraih Emas yang pertamanya pada tahun lepas.

JOM BACA >> WAJIB BACA: Perodua Alza Facelift 2018 – Apa Yang Kami Tahu

Acara ini telah dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dan disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Pada tahun ini, penganjur telah bekerjasama dengan firma penyelidikan dan perundingan pasaran global, IPSOS untuk menyusun sampel penyelidikan jenama-jenama terbesar di Malaysia, dengan lebih daripada 7,000 wawancara yang dijalankan.

Tambah Datuk (Dr) Aminar lagi, Perodua ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menganjurkan acara ini. Anugerah Jenama Putra benar-benar menetapkan tanda aras bagi jenama-jenama di Malaysia untuk terus memperbaiki diri. Dilancarkan pada tahun 2010 oleh 4As dengan kerjasama Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB), Anugerah Jenama Putra ini telah disokong oleh Persatuan Pengiklan Malaysia, Persatuan Pakar Media dan Persatuan Digital Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply