ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Bezza sedan bawah 1.0 liter terlaris di Sri Lanka

Berita Global

Views

Perodua Bezza hanya memerlukan dua tahun untuk menjadi sedan bawah-1.0 liter baharu terlaris di Sri Lanka. Sepanjang tujuh bulan pertama 2019, Bezza berjaya menduduki tempat teratas dalam kategori bawah-1.0 liter di negara itu dari segi jualan kenderaan baharu, untuk segmen sedan dan hatchback.

Dilancarkan di Sri Lanka pada Jun 2017 pada harga Rs 3.69 juta (RM86,200), Bezza telah menemui kira-kira 1,500 pemilik di sana setakat ini, menjadikannya antara model Perodua yang mencatat jualan terpantas di negara tersebut, bersama dengan Perodua Axia, yang telah mencapai jualan 3,000 unit sejak 2015.

Sri Lanka merupakan pasaran eksport terbesar untuk jenama Perodua, menerusi pengedar tempatannya, Unimo Enterprises yang setakat ini telah menjual lebih 15,600 kenderaan Perodua sejak 1997.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk  Zainal Abidin Ahmad mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises En Mahesh Gunathilake dan kakitangannya atas usaha mereka untuk mempromosikan jenama itu sehingga ke tahap ini.

Datuk Zainal berkata Perodua akan terus memberi sokongan kepada para pengedarnya di luar Malaysia, selari dengan hasratnya untuk berkembang di rantau Asia-Pasifik. Perodua bekerjasama rapat dengan Unimo dalam menyediakan latihan teknikal dan pengetahuan produk untuk kakitangan jualan dan servis mereka.

Untuk pasaran Sri Lanka, hanya satu sahaja varian Bezza ditawarkan dan ia dijana oleh enjin 998 cc VVT-i blok aluminium yang disambungkan kepada transmisi empat-kelajuan automatik, dengan kecekapan bahan api yang dinilai melebihi 21 km/l.

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises En Mahesh Gunathilake berkata, pelanggan mereka menggemari Perodua Bezza dan Axia kerana kenderaan tersebut kompak, praktikal, berkualiti tinggi, boleh dipercayai, lasak serta cekap bahan api. Kedua-dua kereta ini juga mempunyai ruang dalaman yang cukup luas.

Tambahnya lagi, di negara yang meminati kenderaan hatchback, Perodua Bezza telah berjaya mencuri tumpuan dan pelanggan meminati reka bentuk, keselesaan dan ruang bagasi yang luas dengan kapasiti 508 liter. Bezza boleh memuatkan lima orang dengan selesa serta membawa bagasi, sekaligus menjadikannya sangat sesuai untuk perjalanan seisi keluarga.

Sasaran eksport Perodua untuk 2019 adalah sebanyak 3,270 kenderaan – 50 peratus lebih daripada 2,184 unit yang dieksport tahun lepas. Setakat ini, lebih 80,000 kenderaan Perodua telah dijual di luar Malaysia .

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply