ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Malaysia gegar warga Kuantan dengan kehangatan aksi MotoGP

Berita Tempatan

Views

Meriah! Inilah yang dapat kami gambarkan semasa dijemput untuk menyertai ‘geng motosikal berkuasa tinggi’ dan warga Kuantan dalam sesi tonton langsung MotoGP British di Lepak Luu Café malam tadi. Acara yang buat julung kalinya dibuat di luar Lembah Klang ini dianjurkan oleh yang dianjurkan oleh Shell Malaysia, penaja perlumbaan rasmi Grand Prix Motosikal Malaysia 2019 (MotoGP).

Bagaikan menonton perlawanan EPL, pengunjung yang hadir sama-sama bersorak melihat kehangatan aksi dua pelumba MotoGP, Alex Rins dari pasukan Suzuki dan Marc Marquez dari Honda yang berentap sengit hingga ke garisan penamat. Pelbagai aktiviti, kuiz dan permainan turut diadakan untuk para pengunjung dengan pelbagai hadiah yang menarik.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Husain berkata, Shell melihat keghairahan sukan permotoran di kalangan penunggang di Malaysia, dan untuk tahun ini, pengalaman itu diperluaskan kepada warga Pantai Timur. Tambahnya lagi, Shell amat gembira melihat penyertaan ramai warga Kuantan dalam acara ini, sekaligus menunjukkan minat mereka kepada sukan permotoran.

Sesi tonton langsung ini disokong oleh Rakan Teknikal tempatan Shell, Ducati Malaysia. Pengedar jenama tersebut, Next Bike Sdn Bhd turut mempamerkan ‘Motosikal Tercantik Di Dunia’ di EICMA Motorcycle Show 2017, Ducati Panigale V4S secara eksklusif kepada para pengunjung. Turut memeriahkan acara adalah rakan MotoGP Shell, Litar Antarabangsa Sepang dan Monster Energy Drink.

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan

Selain itu, Shell turut menjalankan program Shell Biker Chop Chop yang merupakan program kesetiaan menerusi aplikasi WeChat di mana peserta berpeluang untuk memiliki jam tangan G-SHOCK pada harga diskaun. Program yang akan berlangsung sepanjang bulan September ini membolehkan para penunggang mengumpul setem digital, menerusi pembelian minyak dan pelincir di stesen Shell.

Untuk tahun ketiga berturut-turut, Shell membawakan kembali Shell Hillstand untuk hujung minggu perlumbaan bermula dari 1 hingga 3 November 2019. Tiket untuk Shell Hillstand dijual pada harga RM60 seunit dan pengunjung boleh menikmati aksi deruman adrenalin pada Selekoh 13 dan 14 semasa pelumbaan di Litar Antarabangsa Sepang.

Tiket eksklusif ini menawarkan sudut pandangan yang terbaik kepada peminat untuk melihat aksi para pelumba dengan lebih jelas. Pelbagai aktiviti dan pengalaman pit stop seperti pameran motosikal dan pakaian Ducati, servis motosikal percuma Shell Advance Ride Thru, baucar Shell V-Power, gerai deli2go dan Costa Coffee serta kendera saji akan turut berada di sana. Tiket Shell Hillstand kini dijual di stesen Shell terpilih.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply