ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua dan SWCorp ganding bahu jayakan kempen anti sampah

Berita Tempatan

Views

Perodua telah menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), sebuah agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menjayakan Kempen 1:0 ‘Satu Kenderaan, Sifar Sampah’ untuk mencegah pembuangan sampah dari kenderaan.

Kempen tersebut menyaksikan sukarelawan daripada Perodua dan SWCorp mengagihkan 500 tong sampah mini di sebuah stesen minyak bersebelahan Plaza Tol Jalan Duta Lebuhraya PLUS menghala KL. Ia bagi memudahkan pengguna jalan raya membawa pulang sampah kecil mereka dan membuangnya di tempat yang betul.

JOM BACA >> Bezza berwajah baharu bakal tiba – Ini apa yang kami jangka berubah dan Perodua wajib perbaiki

Para sukarelawan juga mempamerkan papan tanda berwarna-warni yang memaparkan mesej-mesej anti-sampah, manakala sepanduk dan gegantung telah ditempatkan dengan jelas untuk menarik perhatian para pemandu yang keluar dari plaza tol tersebut.

Mengulas mengenai kempen ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua berkongsi visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih bersih dan hijau. Tambahnya lagi, sempena Hari Merdeka Malaysia yang ke-62 ini, kita semua boleh memainkan peranan masing-masing dengan membuktikan kematangan minda kita dengan menjadikan kebersihan sebahagian daripada kehidupan.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Perodua berharap rakyat Malaysia dapat mengurangkan, mengguna dan mengitar semula sampah mereka sebaik yang mungkin. Setiap usaha ada permulaannya. Selepas rumah, kenderaan merupakan tempat yang paling lama kita luangkan masa dan jika kita boleh memastikan kenderaan kita bersih, maka secara tidak langsung ianya dapat mengubah kehidupan kita.

Di kampus Perodua di Sungai Choh, terdapat Laman Hijau (taman rekreasi) dan ECO Garden seluas 1,500 meter, yang mana kedua-duanya menerapkan pelbagai unsur mampan. Kebanyakan bangunan di kampusnya juga dipasang dengan panel solar dan sistem penuaian air hujan.

Perodua adalah pengeluar Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) No 1 di Malaysia. Ia telah menghasilkan dan menjual lebih daripada 680,000 EEV sehingga kini, termasuk Axia, Bezza, Myvi generasi ketiga serta SUV tujuh tempat duduk, Aruz.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply