ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua jual 26,039 unit kenderaan pada bulan Ogos, naik 42 peratus berbanding Julai

Berita Tempatan

Views

Pendaftaraan kenderaan Perodua meningkat sebanyak 42 peratus pada bulan Ogos kepada 26,039 unit daripada 18,346 unit pada Julai lalu disebabkan bekalan komponen automotif yang semakin pulih.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha untuk meningkatkan lagi angka ini demi mengurangkan masa menunggu para pelanggan kami.

Menurut beliau, Perodua juga mencapai tahap pengeluran terbaik tahun ini sebanyak 28,036 unit dan jumlah ini telah membolehkan mereka meningkatkan pendaftaran model-model keluarannya.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Bezza muncul sebagai model paling popular dengan 6,808 unit didaftarkan, diikuti Myvi 6,252 unit dan Axia sebanyak 4,857 unit.

Bagi Alza baharu, pihaknya menerima 51,000 tempahan setakat ini. Perodua telah mendaftarkan 7,682 unit pada bulan Julai dan Ogos lalu. Alza serba baharu telah dilancarkan pada 20 Julai 2022.

Tambah beliau, peningkatan dalam pengeluaran dan pendaftaran Perodua bulan Ogos disebabkan gangguan bekalan cip semikonduktor dan juga kekurangan pekerja di operasi pembekal. Akan tetapi isu-isu ini telah diatasi pada masa ini

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Perodua juga sedang mengkaji kesan peningkatan harga bahan mentah pada ketika ini. Pada masa yang sama, Perodua dan syarikat-syarikat pembekal komponen sedang bekerjasama untuk mengatasi isu kenaikan kos yang sedang melanda.

Jualan Perodua dari Januari hingga Ogos tahun ini melonjak sebanyak 63.7 peratus kepada 171,728 unit berbanding 104,933 unit pada jangka masa sama tahun lepas.

Kenaikan jualan ini disebabkan oleh perintah berkurung yang dikuatkuasakan dari 1 Jun 2021 hingga 15 Ogos 2021 untuk membendung penularan kes Covid-19 pada masa itu.

Kata beliau lagi, dari Januari hingga Ogos tahun ini, Myvi masih kekal model terlaris di mana 48,658 unit telah didaftarkan, diikuti Bezza sebanyak 39,642 unit dan Axia sebanyak 37,013 unit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply