ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua lanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab Badan & Cat

Berita Tempatan

Views

Perodua telah memulakan projek perintis dengan melanjutkan waktu operasi 16 pusat servis dan tiga hab Badan & Cat (B&P) terpilih di seluruh negara. Semua premis tersebut akan beroperasi dari jam 8.00 pagi – 9.00 malam (jika di Semenanjung Malaysia) dan 7.45 pagi – 8.45 malam (jika di Malaysia Timur), setiap hari kecuali Ahad.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, pihaknya melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab B&P terpilih untuk memenuhi permintaan tinggi setelah operasi mereka terpaksa ditutup selama dua bulan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Perodua menerima 2.35 juta pengambilan servis tahun lalu melalui 202 pusat servisnya di seluruh negara. Inisiatif ini dijangka dapat menampung permintaan servis di kawasan-kawasan utama dan ia akan diteruskan sehingga diberitahu kelak. Pelanggan yang ingin melakukan servis kenderaan diminta untuk mendapatkan slot janji temu terlebih dahulu dengan pusat servis pilihan mereka kerana kaedah walk-in masih tidak diterima buat masa ini.

Mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, mendaftarkan maklumat diri dan mematuhi penanda jarak sosial di dalam premis setiap masa. Pensanitasi tangan ditempatkan di lokasi-lokasi penting, manakala pembersihan secara berkala turut dibuat ke atas premis tersebut.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Berikut adalah senarai pusat servis yang terpilih :

Pusat servis Perodua dengan waktu operasi yang dilanjutkan
NoPusatAlamatNo telefon
1Perodua Sentral PJ (3S)Lot 11 & 12, Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor03-79474600 / 7958
2PSSB Subang JayaLot 678, Taman Perindustrian Subang, Jalan Perairan Subang Permai, 47620 Petaling Jaya, Selangor03-80246888
3PSSB KeramatLot 9 & 11, Lorong Enggang 31, Taman Keramat, 54200 Selangor03-42569470 / 4253
4PSSB Glenmarie (3S)No 14 & 16, Jalan Juruhebah U I/50, Temasya Industrial Park, Phase 2, 40150 Shah Alam, Selangor03-55691913 / 3984
5PSSB Balakong (3S)Lot 9257C, Jalan Balakong, 43300 Balakong, Selangor03-89626488 / 6455
6PSSB Puchong (3S)No 4 Jalan BP 4/4, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor03-80612112 / 6138
7PSSB Johor Bahru 1 (3S)No 75, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor07-2350920/0926/0920
8PSSB Johor Bahru 2 (3S)Lot 64280, PTD 111435, Jalan Johor Jaya, Kawasan Perindustrian Plentong, 81750 Johor Bahru, Johor07-3530808/5060/5006
9PSSB Seremban (3S)Lot 500 & 1123, Batu 2, Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan06-6331892 / 1776
10PSSB Juru (3S)No 1678, Jalan Perusahaan, Highway Auto City North-South, Juru, 13600 Prai, Penang04-5011113/1114/1112
11PSSB PenangNo 132-E, Jalan Patani, 10150 Georgetown, Penang04-2822490/2430/2419
12PSSB Ipoh 1Lot 23, Tasek Industrial Estate, Jalan Kuala Kangsar, 31400 Ipoh, Perak05-5476433 / 0433
13PSSB Kota Bharu 1 (3S)Lot 2309, Batu 4, Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bharu, Kelantan09-7418201/8202/8203
14PSSB Kuantan 2No 23 Jalan IM 3/1, Bandar Indera Mahkota, 25350 Kuantan, Pahang09-5721650/1654/1655
15PSSB Kuching 1 (3S)Lot 5023, Block 16, KLCD Jalan Sherip Masahor, 93350 Kuching, Sarawak082-422133 / 237122
16PSSB Kota Kinabalu 2Mile 7, Jalan Putatan, 88300 Penampang, Sabah088-769123 / 124

Berikut adalah senarai hab Badan & Cat (B&P) yang terpilih :

Hab Badan & Cat (B&P) Perodua dengan waktu operasi yang dilanjutkan
NoPusatAlamatNo telefon
1PSSB Subang Jaya B&PLot 678, Taman Perindustrian Subang, Jalan Perairan Subang Permai, 47620 Petaling Jaya, Selangor03-80244888 / 8023
2PSSB Balakong B&PBlock B, Lot 9257,38635 & 27616, Jalan Balakong, 43300 Balakong, Selangor03-89610854 / 0897
3PSSB Kota Bharu B&PLot 2309, Bt 4, Jln Kuala Krai, 15150 Kota Bharu, Kelantan09-7418201 / 8202

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply