ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga kereta Proton turun sebanyak 1.2 peratus hingga 5.7 peratus mulai hari ini

Berita Tempatan

Views

Selaras dengan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian Cukai Jualan selama enam bulan mulai 15 Jun 2020, Proton akan menurunkan harga keretanya sebanyak 1.2 peratus hingga 5.7 peratus mulai hari ini. Harga-harga baharu ini sah sepanjang tempoh insentif, sebagai langkah untuk meningkatkan ekonomi selepas berakhirnya sekatan akibat COVID-19.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata inilah masa yang terbaik untuk memiliki sebuah kereta Proton baharu. Tambah beliau, dengan jumlah pusat 3S/4S terbanyak, barisan kereta yang telah ditambah baik, peningkatan yang telah diperkenalkan serta harga-harga baharu, pelanggan kini boleh menikmati pemilikan kereta dengan nilai yang menarik.

Katanya lagi, Proton menyahut seruan kerajaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi melalui rancangan PENJANA dan pengiktirafan mereka terhadap industri automotif Malaysia. Industri ini secara langsung dan tidak langsung menyumbang sekitar 4.3 peratus kepada KDNK sekaligus memainkan peranan utama dalam usaha pemulihan ekonomi negara.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Proton ini sedang menyusun beberapa strategi bagi meningkatkan jualan dan pada masa yang sama mengambil kira sentimen pembeli sepanjang tahun 2020. Ini termasuklah menerapkan penjarakan sosial yang ketat dan melakukan sanitasi secara kerap di pusat-pusat pameran dan servis serta turut menggalakkan penggunaan tempahan dalam talian bagi transaksi tanpa sentuhan.

Senarai harga baharu model keluaran Proton sehingga 31 Disember 2020:

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply