ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua mula acah rekaan lampu depan Axia 2023 (D74A), tempahan kini dibuka!

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Laman Facebook rasmi Perodua sebentar tadi baharu sahaja mula menyiarkan video acah sulung Axia 2023 (D74A). Serentak dengan itu juga, tempahan bagi model pertama Perodua tahun 2023 itu kini dibuka secara rasmi.

Dalam video acah tersebut, Perodua mula memperlihatkan reka bentuk lampu hadapan Axia 2023 (D74A) yang menggunakan mentol jenis LED dan di bahagian bawah kelihatan lampu pandu (guide light), manakala sedikit imbasan pada bahagian bamparnya pula menampakkan lampu siang LED (DRL)nya.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Bukan itu sahaja, Perodua juga menonjolkan warna hero Axia 2023 (D74A), iaitu Coral Blue (Biru) yang merupakan warna baharu untuk model tersebut. Reka bentuk emblem baharu Axia 2023 (D74A) juga dipertontonkan buat kali pertama, dengan muka taip (font) yang lebih moden dan futuristik.

Model hatchback kompak segmen-A ini akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV. Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White (Putih) – solid, manakala selebihnya warna metalik, Lava Red (Merah), Glittering Silver (Perak), Granite Grey (Kelabu) dan satu warna baharu, Coral Blue (Biru).

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Kesemua varian akan dilengkapi dengan transmisi D-CVT yang kini digunakan pada model Myvi faceliftAtiva dan Alza generasi baharu.

Axia 2023 (D74A) akan dijana oleh enjin aspirasi alami (NA) versi baharu yang menerima talaan semula, namun masih mengekalkan kapasiti enjin dan juga kod lamanya, iaitu 1.0 liter 1KR-VE VVT-i.

Varian AV akan dilengkapi dengan enam beg udara dan Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0) yang merangkumi ciri-ciri seperti Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Belakang (RCTA), namun tanpa ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply