ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Myvi hampiri angka sejuta unit

Views

Ikon Malaysia sejak 12 tahun lalu, Perodua Myvi bakal mencatat satu lagi rekod dengan jumlah pengeluaran menghampiri satu juta unit sekaligus menjadikannya kereta keluaran tempatan paling banyak dalam sejarah. Sejak diperkenalkan pada Mei 2005, Myvi adalah kereta nombor satu di Malaysia sehingga hujung 2014. Ia kemudian meneruskan kecemerlangannya menjadi antara model paling laris dalam negara sehingga kini.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, setakat ini Perodua telah mengeluarkan hampir sejuta unit Myvi sejak 2005 dan ia bakal mencapai angka tersebut dalam bulan ini. Myvi turut dipasarkan ke tujuh buah negara sejak 2006 dan antara negara-negara tersebut adalah Sri Lanka, Mauritius, Brunei, Singapore, United Kingdom, Fiji dan Nepal menggunakan jenama Perodua. Pasaran eksport terbesar Myvi adalah di Indonesia yang menggunakan nama Daihatsu Sirion dengan 31,000 unit kenderaan telah dijual sejak 2007. Secara keseluruhan, Perodua telah mengeksport 35,400 unit Myvi/Sirion sejak 2006.

Tambah Datuk Dr Aminar lagi, Perodua akan terus mengeluarkan model Myvi kerana ia masih mendapat permintaan tinggi bersama dengan model-model yang lain seperti Axia, Bezza dan Alza. Untuk empat bulan pertama tahun ini, Perodua telah menjual sebanyak 64,700 unit kenderaan, meningkat 4.1 peratus berbanding 62,100 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam tempoh tersebut, semua kenderaan keluaran Perodua menjadi model terlaris dalam segmen masing-masing dengan jumlah jualan Axia sebanyak 22,000 unit, Bezza 19,500 unit, Myvi 13,900 unit dan Alza 9,300 unit. Mengikut pengiraan dalaman, Perodua menganggarkan jumlah jualan industri atau TIV untuk empat bulan pertama tahun ini mencecah 182,800 unit kenderan, meningkat 5.4 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu. Berdasarkan anggran tersebut, Perodua menjangka dapat mencapai 35.4 peratus penguasaan pasaran untuk tahun ini.

Perodua Perodua akan terus fokus untuk menghantar kenderaan mereka mengikut masa yang ditetapkan kepada pelanggan dan mempertingkatkan lagi keupayaan selepas jualannya. Kami difahamkan model generasi ketiga bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun ini dan menurut risikan, ia bakal memulakan fasa pra-pengeluaran bermula Julai 2017. Untuk mengetahui sedikit-sebanyak maklumat yang kami tahu mengenai model yang paling dinantikan tahun ini, anda boleh klik pautan di bawah

BACA >> Pra-pengeluaran Myvi generasi ketiga bermula Julai ini?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply