ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua siar video acah Myvi facelift dengan aksesori GearUp, akan mula dijual tidak lama lagi

Berita Tempatan

Views

Perodua mula menyiarkan video acah yang memaparkan model Myvi facelift dengan kit badan dan aksesori dari GearUp. Ia dijangka tiba di semua bilik pameran Perodua di seluruh Malaysia dalam masa yang terdekat.

Dalam artikel terdahulu, kami telah menyiarkan beberapa foto Myvi facelift yang dilengkapi kit badan aksesori dari GearUp dan ia telah dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama RiderAth.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Kit badan GearUp ini nampak agak ‘ekstrem’, merangkumi apron sisi bampar yang bersambung dengan spoiler bawah bampar depan. Ia menggabungkan kemasan hitam berkilat dan mengikut warna badan kereta.

Di bahagian sisi, ia dipasang skirt sisi dengan kemasan dwitona, hitam berkilat dan mengikut warna badan kereta. Cermin sisinya juga menerima kemasan berwarna hitam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Di bahagian belakang pula, ia dilengkapi dengan spoiler bumbung yang agak besar rekaan seperti ‘telinga Batman’ dan spoiler bawah bampar yang merangkumi diffuser seperti jentera Formula 1.

Kami tidak pasti bilakah kit badan dan aksesori GearUp untuk Myvi facelift ini akan mula dijual dan bagi yang berminat, anda sudah boleh berkira-kira untuk memilikinya tidak lama lagi. Boleh ‘melaram’ sebelum Raya kot?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata [email protected] X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply