GoCar Malaysia semalam telah mengumumkan bahawa GoCar Garage kini sudah berada di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Melaka. Selain itu, syarikat juga telah menambah lebih banyak lokasi Garage di Lembah Klang untuk memenuhi permintaan servis yang kian meningkat.
Pengembangan itu hadir menerusi satu siri kerjasama strategik dengan bengkel-bengkel sah dan bebas (dikenali sebagai Garage). Rakan-rakan Garage ini dipilih melalui satu proses penilaian yang ketat.
Sebanyak 20 rakan telah menyertai platform GoCar Garage dengan banyak lagi bengkel akan turut serta dalam tempoh beberapa bulan lagi.
GoCar Garage menawarkan satu platform mudah yang menyeluruh dengan struktur harga telus bagi pelbagai jenis servis kenderaan melibatkan semua jenama dan model kereta penumpang.
Pelanggan juga boleh memanfaatkan kadar yang mampu milik dengan harga bermula RM98 untuk pakej minyak mineral.
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!
Menerusi aplikasi mudah alih GoCar, pelanggan boleh memilih pakej servis kenderaan dan jadual yang mereka mahukan dengan mudah, selain mengesahkan temu janji servis dan membuat pembayaran pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Lebih penting lagi, pelanggan dijamin dengan ketelusan sepenuhnya kerana mereka boleh menilai semula sebut harga ke atas semua kerja baik pulih sebelum juruteknik GoCar Garage memulakan kerja. Proses pra-kelulusan ini memastikan tiada sebarang caj tersembunyi atau kos-kos yang mengejutkan.
Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun, berkata GoCar fokus untuk menawarkan penyelesaian mobiliti yang lebih mudah dan pintar kepada seluruh rakyat Malaysia dan GoCar Garage merupakan contoh terbaik komitmen ini.
Bersempena dengan ini, GoCar Garage akan menjalankan satu kempen promosi bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2022. Untuk menikmatinya, pelanggan hanya perlu membeli satu daripada tiga pakej servis GoCar Garage pada harga runcit pada temu janji servis pertama mereka.
Kemudian, mereka akan menikmati penjimatan sebanyak 50 peratus ke atas pakej minyak enjin yang sama pada servis kedua dan ketiga. Mereka yang ingin menaik taraf pakej minyak enjin atau membeli produk-produk dan perkhidmatan lain hanya perlu menambah perbezaan harganya.
Pelanggan mempunyai tempoh selama setahun dari tarikh kod promo dikeluarkan untuk menebus tawaran promosi bagi servis kedua dan ketiga mereka.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Berikut adalah promosi yang ditawarkan:
Pakej Minyak Enjin | Harga runcit (Servis pertama) | Penjimatan (Servis kedua) | Penjimatan (Servis ketiga) |
Sintetik penuh | RM198.00 | RM99 .00 | RM99.00 |
Semi sintetik | RM128.00 | RM64.00 | RM64.00 |
Minyak mineral | RM98.00 | RM49.00 | RM49.00 |
Rakan-rakan Garage dinilai dan dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria termasuklah keupayaan teknikal dan khidmat pelanggan berstandard tinggi, lokasi, harga, kualiti kerja serta rangkaian perkhidmatan yang ditawarkan.
Di samping penukaran minyak secara berkala, GoCar Garage turut menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan dan penukaran seperti tayar, brek, bateri, pendingin hawa, serta sistem mekanikal dan elektrikal.
Pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan bukan pembaikan seperti talaan prestasi, pemasangan filem penapis haba, perincian dan salutan (coating) cat.
Bukan itu sahaja, pelanggan yang bekerja atau tinggal di Petaling Jaya boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran dari pintu ke pintu GoValet dengan yuran minimum, bergantung kepada jarak.
Pelanggan di Lembah Klang dan Pulau Pinang juga boleh menggunakan perkhidmatan GoCar Sharing selama dua jam secara percuma ketika kereta mereka diservis.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI