ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sumbang 5,000 pelindung muka untuk pelajar sekolah di Hulu Selangor

Berita Tempatan

Views

Perodua telah menyumbang lebih 5,000 pelindung muka menerusi rakan niaganya kepada 17 sekolah menengah di daerah Hulu Selangor menjelang pembukaan semula sekolah pada 24hb Jun ini. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, sumbangan pelindung muka ini adalah bagi kegunaan para murid Tingkatan 5 dan 6, guru serta kakitangan sokongan yang akan kembali ke sekolah setelah ditutup selama tiga bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

Tambah beliau, walaupun para murid, guru dan kakitangan sokongan akan memakai pelitup muka di sekolah, penggunaan pelindung muka boleh menjadi langkah pencegahan tambahan yang baik. Pelindung muka tersebut mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum.

JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!

Kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air manakala jalur elastiknya pula boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa. Perodua juga turut menyumbang pelindung muka kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor yang terletak di Kuala Kubu Bharu.

Perodua turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan, terutama sekali Kementerian Kesihatan, dan semua anggota barisan hadapan kerana telah bekerja keras untuk membimbing negara kita melalui krisis COVID-19. Tambah Datuk Zainal lagi, pihaknya akan mengedarkan pelindung muka kepada klinik komuniti di daerah Hulu Selangor tidak lama lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply