Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan kedai rasminya di Shopee menjelang ketibaan Jualan Pertengahan Tahun 7.7 dengan memberikan tawaran eksklusif bagi kereta yang ditempah bermula dari 23 Jun sehingga 7 Julai 2020.
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
Pelanggan hanya perlu membayar RM199 untuk layak menerima ganjaran dari RM4,279 hingga RM14,819, bergantung kepada model yang dipilih. Ia merangkumi tawaran dalam talian eksklusif dan penjimatan, penghantaran ke rumah percuma dalam lingkungan 20km dari cawangan pengedar yang dipilih serta pakej sanitasi lengkap bernilai sehingga RM150 dan Volkswagen LEGO camper berharga RM499 secara percuma.
Tujuh pelanggan bertuah yang membeli sebuah Volkswagen dari 23 Jun sehingga 7 Julai 2020 juga berpeluang untuk memenangi baucar Shopee bernilai RM700. Kedai Volkswagen di Shopee akan menampilkan barisan model yang lengkap, sekali gus memberikan alternatif yang lebih mudah kepada bagi para pelanggan yang mencari kereta baharu.
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pihaknya telah mencatat kejayaan yang membanggakan menerusi inisiatif digital dan e-dagang. Kerjasama dengan Shopee memanfaatkan kepakaran dan platform digital mereka untuk berhubung dengan pelanggan di samping memberikan tawaran hebat bersempena Jualan Pertengahan Tahun 7.7 Shopee.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, pula berkata pihaknya amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan salah satu daripada jenama permotoran terbesar di dunia. Untuk menempah kereta Volkswagen anda di kedai Shopee, layari shopee.com.my/volkswagen.os.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
KOMEN TERKINI