ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua tingkat sasaran jualan, akan belanjakan RM5.4 bilion untuk pembelian komponen tahun ini

Berita Tempatan

Views

Untuk separuh pertama 2019, Perodua telah menjual kira-kira 121,800 kenderaan, meningkat 4 peratus daripada 117,100 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu. Faktor ini telah mendorong Perodua untuk meningkatkan sasaran jualannya tahun ini kepada 235,000 unit, lebih 4,000 unit daripada sasaran 231,000 unit yang diumumkan Januari lalu.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, dari Januari hingga Jun 2019, 190,765 tempahan telah diterima, iaitu peningkatan lebih 3 peratus daripada 184,949 tempahan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Tambahnya lagi, peningkatan permintaan ini telah memberi kesan positif terhadap ekosistem automotif secara keseluruhan, dengan pembelian komponen berjumlah RM2.7 bilion dalam tempoh tersebut. Berdasarkan ramalan untuk separuh kedua tahun ini, Perodua menjangkakan perbelanjaan sebanyak RM5.4 bilion untuk pembelian komponen untuk keseluruhan 2019.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Kata beliau lagi, Perodua juga bekerjasama dengan Daihatsu Motor Company Jepun untuk membangunkan lagi pembekal komponen tempatannya dan meneroka pasaran di luar Malaysia, dan ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk membina industri sokongan automotif Malaysia.

Mengenai ramalan untuk separuh kedua 2019, Datuk Zainal berkata, Bank Negara telah mengurangkan kadar overnight policy (OPR), yang mana membantu meningkatkan perbelanjaan pengguna. Ia merupakan perkembangan yang baik untuk industri, tetapi harus diingatkan bahawa tahun lepas terdapat insentif yang besar untuk membeli kenderaan, dengan adanya cuti cukai yang diumumkan selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Mengikut angka dalaman Perodua, industri telah mengatasi jangkaan pada separuh pertama tahun ini, Jumlah Jualan Kenderaan (TIV) meningkat 2.4 peratus kepada 296,800 unit. Beliau menjelaskan bahawa insentif cuti cukai telah memberi kesan sementara kepada pasaran di mana syarikat automotif dan pengguna mengambil kesempatan daripadanya.

Perodua percaya bahawa separuh kedua tahun ini tidak akan sehebat tahun lepas dan momentum pada separuh pertama mungkin menurun menjelang separuh kedua tahun ini. Perodua menjangkakan TIV 2019 kekal pada 600,000 unit, namun ia tertakluk kepada laporan rasmi Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply