ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua bakal keluarkan Myvi GT

Berita Tempatan

Views
Perodua akan hasilkan Myvi GT kerana permintaan tinggi tapi toned down untuk harga

Mungkin berita ini bakal membuatkan peminat model Myvi tidak dapat tidur lena. Anda semua sudah semestinya masih ingat model konsep Myvi GT yang dipertontonkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 kan? Model ini menjadi telah perhatian seluruh warganet dan imejnya tular di laman sosial sehingga menjadi topik perbincangan hangat.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Nampaknya Perodua telah melihat potensi model ini dan sebentar tadi Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin telah mengesahkan model Myvi GT mungkin akan dikeluarkan, namun ia bukanlah dalam masa yang terdekat.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Tambahnya lagi, Perodua kini masih mempertimbangkan pengeluaran model tersebut kerana model yang dipertontonkan semasa pameran itu menelan kos yang tinggi. Jika ia direalisasikan, Perodua akan memastikan model tersebut dijual pada harga lebih mampu milik.

Mungkin konsep reka bentuknya sama seperti yang dipamerkan, tetapi aksesori yang akan digunakan nanti mungkin berbeza kerana faktor kos. Kami jangka Myvi GT akan menggantikan varian Myvi Extreme dan akan berada dalam julat harga yang sama, nantikan!

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply