ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Persaingan lebih sihat bila ada banyak syarikat penerbangan’ – Wee Ka Siong

Berita Tempatan

Views

Kerajaan menggalakkan persaingan dalam kalangan syarikat penerbangan sekali gus mampu merancakkan kemasukan pelancong ke negara ini.

Berita Harian melaporkan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata syarikat penerbangan berkenaan perlu melihat secara realistik kerana mereka mempunyai kekuatan masing-masing untuk bersaing.

Memberi contoh di Asia Barat, belau berkata lebih banyak pesawat dapat ditarik untuk melakukan penerbangan ke bandar besar di negara berkenaan.

Katanya, Malaysia mempunyai potensi itu (seperti di Asia Barat), dan beliau rasa masing-masing (syarikat penerbangan) mempunyai kelebihan tetapi pihaknya perlu melihat secara holistik bagaimana ia dapat membantu negara dengan membawa lebih ramai pelancong datang ke sini.

Beliau faham dengan pandangan yang diberikan oleh Malaysian Aviation Group (MAG), kerana di negara ini pihaknya tidak mengatur mengenai isu tambang dan kapasiti.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Namun selepas berdepan dengan pandemik COVID-19, selaku kerajaan pihaknya melihat semua syarikat penerbangan ini boleh ‘hidup’.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penjenamaan Semula Batik Air Malaysia dan Pelancaran pesawat Boeing B737-8 yang baharu, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai MAG, Kapten Izham Ismail bahawa pemulihan industri penerbangan di negara ini berisiko diganggu dengan isu lebihan kapasiti dengan tambahan pemberian lesen perkhidmatan udara (ASL) kepada beberapa syarikat penerbangan baharu sebelum ini.

Menurutnya, walaupun lebih banyak penawaran bakal memanfaatkan pengguna dalam jangka masa pendek, ia mungkin tidak begitu lestari untuk kemampanan industri untuk jangka masa panjang.

Pembuat polisi perlu jelas dengan apa yang ingin dilakukan, sama ada kita mahu membanjiri pasaran dengan kapasiti dan membuka pasaran untuk semua atau mahu memberi peluang kepada syarikat penerbangan membuat keuntungan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata syarikat penerbangan yang memohon ASL perlu menepati aspek ekonomi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) serta melepasi garis panduan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

MAVCOM diwujudkan untuk melihat aspek komersial dan syarikat penerbangan ini perlu melepasi panduan yang disediakan oleh CAAM dan MAVCOM.

Beliau menambah, setakat ini ada empat syarikat diberi ASL iaitu MAG, AirAsia, Batik Air dan SKS Airways. SKS Airways hanya meliputi penerbangan di kawasan pulau seperti Pangkor, Tioman dan Redang dan ia dilakukan dengan skala kecil.

Kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab penerbangan juga kini semakin berkembang dengan menyambungkan penerbangan ke hampir rantau Asia Pasifik.

Ujarnya, dengan cabaran berterusan yang dihadapi sektor penerbangan, syarikat penerbangan dan KLIA boleh bersama-sama merancang untuk perkembangan masa hadapan.

Tambah beliau lagi, kejayaan KLIA sebagai hab serantau yang strategik adalah penting kepada negara kita. Ia menyokong ekonomi negara dengan menghubungkan ke seluruh dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wee Ka Siong

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply