ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maritim gagalkan cubaan penyeludup dari Indonesia bawa barang terlarang

Berita Tempatan

Views

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, (Maritim Malaysia) Negeri Selangor berjaya menghalang dan menggagalkan usaha sebuah bot pancung dari Indonesia yang disyaki cuba menyusup masuk bagi tujuan menyeludup barang terlarang ke Malaysia.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, maklumat pengesanan diterima daripada pesawat Bombardier CL415 MP Maritim Malaysia yang sedang melakukan penerbangan pengawasan di Selat Melaka sekitar perairan Tanjung Sepat sekitar jam 2 petang kelmarin.

Bertindak atas maklumat itu, Radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) berpangkalan di Area Control Centre (ACC) Klang bertindak memantau pergerakan bot suspek dan bot ronda Maritim Negeri Selangor digerakan bagi memintas sasaran.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Menyedari kehadiran pesawat Maritim Malaysia, bot pancung itu bertindak memecut dengan lebih laju (kira-kira 35-45 knot) sehingga kelihatan hilang tujuan dan berpatah kembali memasuki perairan Indonesia.

Pada jam lebih kurang 3.15 petang, ACC Klang sekali lagi memaklumkan, terdapat sasaran curiga keluar semula dari tempat yang sama menuju sempadan perairan Indonesia-Malaysia dan bot ronda Maritim Negeri Selangor sekali lagi bertindak ke lokasi untuk menyekat sasaran yang disyaki.

Sejurus itu, ACC Klang memaklumkan bahawa sasaran curiga itu hilang daripada cerapan radar dan disyaki telah mematikan niat untuk terus memasuki perairan Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Pihaknya percaya penyeludup cuba mengambil kesempatan ketika umat Islam sedang menyambut Aidiladha namun mereka silap kerana pasukan operasi Maritim Malaysia tetap terus mengawasi perairan negara daripada sebarang ancaman terutamanya jenayah rentas sempadan.

Maritim Malaysia memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang dan tindakan tegas akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan negara sentiasa terpelihara.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan MERS 999 untuk tindakan segera.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply