ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pertandingan Kemahiran Badan & Cat bantu tingkatkan perkhidmatan Perodua

Berita Tempatan

Views

Buat julung kalinya Perodua menganjurkan Pertandingan Kemahiran Badan & Cat (B&P) dalam usaha untuk membangunkan modal insan serta memberikan perkhidmatan B&P yang lebih baik kepada para pelanggannya. Perniagaan B&P Perodua telah ditubuhkan pada tahun 2009 dengan menawarkan pembaikan dan pemulihan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

Perkhidmatan ini juga menerima pembayaran secara tunai selain membantu pelanggan dalam proses tuntutan insurans. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata perniagaan ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan membaik pulih kenderaan yang terlibat dalam kemalangan mengikut tahap kualiti dan keselamatan yang tinggi dengan penggunaan alat ganti tulen.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Tambahnya lagi, Juruteknik B&P Perodua telah dilatih secara profesional untuk memberikan mutu kerja yang terbaik dalam proses memulihkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Pertandingan Kemahiran B&P Perodua yang pertama ini menyaksikan seramai 140 penasihat servis B&P, juruteknik badan dan juruteknik cat daripada 33 hab B&P dan 4S di seluruh negara menyertai pusingan awal yang berlangsung di sepanjang Februari dan Mac lalu.

Mereka diberikan senario sukar yang berkaitan dengan pelanggan dan dinilai bukan sahaja berdasarkan kebolehan teknikal dan kemahiran menyelesaikan masalah, malah penekanan yang diberikan kepada Kepuasan Pelanggan.

JOM BACA >> INTIP : Lagi kelibat Saga facelift varian Premium dirakam dari jarak dekat

Peringkat separuh akhir pada April lalu telah menghasilkan 12 finalis dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu penasihat servis B&P, juruteknik badan dan juruteknik cat. Peringkat akhir pada minggu lalu telah menyaksikan Norhizam Zainal Abidin (Hab Puchong B&P), Hazinin Rosli (Kota Kinabalu 2) dan Fazwan Mazlan (Kota Bharu 1) menjuarai kategori masing-masing.

Pertandingan Kemahiran B&P Perodua merupakan salah satu daripada inisiatif mereka untuk mengukuhkan Pengalaman Perodua, yang bertujuan untuk menawarkan pakej mobiliti serba lengkap merangkumi produk, alat ganti, perkhidmatan dan penyelesaian bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply