ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pertandingan Servis Selepas Jualan Proton 2018 berakhir dengan jayanya

Views

Pusingan akhir Pertandingan Servis Selepas Jualan Proton 2018 telah berlangsung baru-baru ini dengan jayanya. Pertandingan ini telah menarik seramai 189 peserta di seluruh negara dan tiga peserta terbaik dari setiap wilayah telah bersaing di peringat akhir yang diadakan di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam dari 29 September sehingga 2 Oktober 2018.

Majlis penutup telah diserikan oleh YB Datuk Haji Mahfuz bin Haji Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia dan Pengerusi Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia. Turut hadir ialah barisan pengurusan kanan Proton. Pertandingan ini merupakan platform untuk kakitangan selepas jualan mempamerkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Semua juruteknik dan mekanik dari cawangan dan pengedar Proton bersaing antara satu sama lain bagi merebut hadiah wang tunai dan lawatan insentif berjumlah RM50,000.

Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, pertandingan ini merupakan sebahagian dari usaha berterusan yyarikat untuk meningkatkan kemahiran juruteknik bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan dan juga memberi ganjaran kepada mereka yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Pemenang akan diberikan peluang untuk melawat ke Ibu Pejabat Geely Holdings dan Institut Penyelidikan Geely di China.

Lawatan tersebut akan membuka mata juruteknik tempatan syarikat kerana mereka dapat melihat keupayaan keseluruhan Geely dari segi reka bentuk sehinggalah ke pembinaan sebuah kereta yang lengkap. Proton memulakan inisiatif peningkatan kualiti pada awal tahun ini untuk memastikan semua cawangannya bersedia untuk pelancaran Proton X70.

Menurut Dr. Li, Proton kini berada di landasan yang betul untuk menambahbaik persepsi pelanggan terhadap jenama. Dengan pelancaran Proton X70 pada hujung tahun ini, syarikat perlu memastikan kakitangan servis selepas jualan telah dilatih sebaiknya dan mampu mengendalikan model baharu tersebut serta dapat memenuhi permintaan para pelanggan.

JOM BACA >> Anggaran harga Proton X70 dari CIMB Bank – Bermula dari RM90K – RM130K?

Mempunyai produk yang baik tanpa sokongan servis selepas jualan yang baik akan mengurangkan kesetiaan pelanggan terhadap jenama, justeru kualiti kakitangan servis selepas jualan memainkan peranan penting dalam memastikan kepuasan pelanggan. Oleh itu, Proton menyediakan latihan berterusan untuk kakitangannya secara berkala dalam memastikan kemahiran mereka sentiasa diasah.

Kualiti produk dan servis adalah sama penting untuk memastikan keperluan pelanggan dipenuhi, oleh itu Proton memerlukan perkhidmatan pelanggan bertaraf tinggi untuk mengekalkan pelanggan sedia ada dan pada masa yang sama menarik minat pelanggan baharu. Proton meningkatkan perkhidmatan menerusi pendekatan holistik untuk memastikan pusat cawangan, pekerja dan produknya mencapai standard yang ditetapkan.

Proton telah melibatkan diri secara proaktif dalam pertandingan kemahiran sejak 2003 dan ia memainkan peranan penting dalam membangunkan bakat muda tempatan dalam industri automotif Malaysia. Selain pertandinganini, acara yang berlangsung di CIAST termasuk tiga lagi pertandingan lain iaitu World Skill Malaysia Belia, Pertandingan Kemahiran Proton dan Pertandingan Kemahiran Kategori Terbuka.

Proton juga merupakan salah satu rakan strategik yang bekerjasama dengan Kemahiran Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir. Pertandingan-pertandingan ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Sumber Manusia. World Skills Malaysia Belia dianjurkan setiap tahun untuk menyediakan latihan kemahiran yang tepat kepada belia dan mempromosikan inovasi terbaik di peringkat kebangsaan.

Seterusnya, ia juga memberi peluang untuk bersaing di Pertandingan Kemahiran Asean dan Pertandingan Kemahiran Dunia. Pertandingan ini terbuka kepada belia berusia 21 tahun dan ke bawah. Pertandingan Kemahiran Proton pula terbuka hanya kepada juruteknik dan mekanik dari Pusat Servis Proton Edar dan pengedar Proton di luar negara. Bagi Pertandingan Kemahiran Kategori Terbuka, penyertaan terbuka kepada jurulatih dari institusi vokasional dan teknikal, serta juruteknik dan mekanik dari bengkel di seluruh negara, tanpa had umur.

JOM BACA >> Proton X70 – Kenapa anda perlu memilikinya?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply