Sebuah pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan kawasan perumahan Seksyen U16, di Bandar Elmina, dekat Shah Alam, petang ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memberitahu Bernama, ketika ini pihaknya sedang bergerak ke lokasi kejadian.
Kejadian tersebut turut tular di media sosial yang memperlihatkan gambar dan video asap hitam di kawasan kejadian.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Setakat ini difahamkan tiga individu terkorban dalam insiden berkenaan membabitkan juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang penunggang motosikal yang dipercayai dirempuh pesawat berkenaan ketika ia terhempas di lebuh raya.
Pesawat ringan dipercayai model Fouga CM-170 Magister dikatakan dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang. Sementara itu, wartawan Harian Metro – Muhaamad Hafis Nawawi dan Nurul Hidayah Bahaudin menemuramah seorang saksi yang menceritakan nahas itu.
“Saya yang ketika dalam perjalanan ke Paya Jaras menyedari sebuah pesawat dalam keadaan senget namun tidak lama kemudian terdengar bunyi dentuman kuat,” kata saksi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Syahmi, 31.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Katanya, ketika itu dia sedang memandu kereta untuk menghantar barang dan pada mulanya menyangka kilang terbakar selepas terdengar bunyi dentuman.
“Saya kemudian terus ke lokasi dan lihat pesawat itu sudah berkecai. “Malah saya juga melihat seseorang dalam keadaan terbakar rentung. Saya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.
Menurutnya, dia ada bertanya dengan orang yang lebih dekat dengan kawasan itu yang memberitahu pesawat itu terjunam dan berlanggar dengan motosikal. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit myD, Taiteh & Choè
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI