Model kenderaan komersial, Toyota Rangga Concept telah membuat penampilan di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) kali ke-30 di Tangerang, baru-baru ini.
Apa yang menarik ada beberapa versi Rangga Concept dipamerkan, antaranya Rangga Concept Mobile Café, Rangga Concept Ambulance, Rangga Concept EV Mobile Service dan Rangga Concept Pace Car.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Kesemua model yang dipamerkan ini memberikan gambaran awal apa yang boleh dilakukan oleh pemiliknya nanti. Walaubagaimanapun, Toyota tidak mengeluarkan sebarang butiran teknikal mahupun ukuran dimensinya.
Jika dilihat pada foto-foto yang ada, ia berkemungkinan sebuah model kenderaan komersial kompak dengan menampilkan bentuk badan kab-tunggal (single-cab).
Menurut Toyota, versi pengeluarannya akan tiba pada masa hadapan, namun tidak menyatakan bilakah Rangga akan mula memasuki pasaran.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Nama Rangga diinspirasikan daripada perkataan “Ronggo” dalam bahasa Jawa yang merujuk kepada wira dan membawa konotasi sebagai ‘kuat dan tegar’.
Model Rangga tidak akan dijual di pasaran Amerika Syarikat, namun Toyota dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membina trak pikap berasaskan model Corolla.
Ia masih belum menerima ‘lampu hijau’ untuk dikeluarkan dan tidak akan tiba di negara “Uncle Sam” itu sehingga tahun 2027. Trak pikap itu nanti akan berentap dengan Ford Maverick dan Hyundai Santa Cruz.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI