ARKIB

KATEGORI

Buletin

PETRONAS catat sejarah baharu sektor LNG global

Berita Tempatan

Views

PETRONAS menjadi syarikat tenaga global pertama menghasilkan gas asli cecair (LNG) menerusi dua kemudahan terapungnya, berikutan penghantaran kargo pertama oleh Petronas Floating LNG DUA (PFLNG DUA) semalam.

Menurut Berita Harian, syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan, berkata pencapaian itu kepada daya maju kumpulan dalam meneroka medan gas air dalam dan terdampar menerusi penyelesaian LNG terapung (FLNG) yang lebih mampan dan ekonomik berbanding penyelesaian konvensional.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

PETRONAS berkata, pengisian kargo berkenaan Seri Camar LNG Carrier dikendalikan MISC Bhd untuk penghantaran kepada pelanggan LNG mereka di Thailand. PFLNG DUA memiliki kapasiti pengeluaran 1.5 juta tan LNG setahun dan beroperasi dengan kedalaman air 1,300 meter.

Kemudahan terapung kini terletak di medan gas Blok H Rotan yang terletak 140 kilometer di luar pesisir Sabah. Mengulas mengenainya, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata kargo pertama PFLNG DUA menunjukkan komitmen Petronas dalam meneruskan usaha perintis dalam menyediakan penyelesaian lebih mampan.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Jelasnya, ia juga dapat memanfaatkan nilai lebih besar daripada pengeluaran LNG menerusi kemajuan teknologi. Pihaknya berbangga dengan pencapaian penting dari kemudahan LNG terapung kedua PETRONAS. Tambah beliau, sama seperti kemudahan terapung utama mereka, mobiliti PFLNG DUA akan membolehkan mereka membuka lebih banyak medan gas marginal dan terdampar pada masa depan.

Katanya lagi, ia dapat menyediakan Petronas dengan sumber LNG baharu dan lestari bagi memenuhi permintaan tenaga bersih yang semakin meningkat. Dengan penghantaran kargo pertama PFLNG DUA, Petronas akan terus meningkatkan kepemimpinannya dalam teknologi FLNG, selepas memperkenalkan PFLNG SATU iaitu operasi LNG terapung pertama di dunia pada tahun 2016.

PFLNG SATU juga menyelesaikan penempatan semula FLNG pertama di dunia apabila ia memulakan tugas pada Mac 2019 ke medan gas Kebabangan, Sabah dari medan gas Kanowit di Sarawak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply