ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuba rempuh anggota polis – Tayar Proton Satria kuning ini ditembak

Berita Tempatan

Views

Pihak berkuasa terpaksa melepaskan satu das tembakan di bahagian tayar kereta Proton Satria selepas pemandunya cuba merempuh anggota polis sedang bertugas dalam kejadian di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, semalam.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian anggota polis dari Balai Polis Damansara yang mengejar kereta berkenaan di Jalan Anggerik Kampung Sungai Kayu Ara jam 2.25 petang.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Jelasnya, dalam kejadian itu, anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan di bahagian tayar hadapan sebelah kanan kereta itu kerana (pemandunya) bertindak agresif apabila cuba melanggar anggota bertugas. Malah, ketika pihak polis mengejar kereta berkenaan, suspek juga bertindak memandu melawan arus di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sebelum berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah gereja di SS25.

Suspek kemudiannya keluar dari kereta itu dan melarikan diri melalui longkang berhampiran. Nik Ezanee berkata, pemeriksaan terhadap kereta yang ditinggalkan suspek di lokasi menemukan pelbagai barangan yang disyaki digunakan untuk kegiatan pecah cermin kereta.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Katanya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kami percaya suspek masih berada di dalam daerah ini. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

Tambah Nik Ezanee lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Adam Firdauz Ahmad di talian 012-7565464 untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply