ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petronas hanya benarkan individu lengkap vaksin masuk ke premisnya

Berita Tempatan

Views

Hanya kakitangan, kontraktor dan pihak ketiga yang telah diberi vaksin COVID-19 lengkap dibenarkan masuk ke premisnya di Malaysia sejak 1 Oktober 2021, menurut Petronas.

Berita Harian melaporkan, syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan yang tersiar di laman sesawangnya berkata, langkah itu diambil bagi membendung, mengurang dan menghapuskan penularan jangkitan COVID-19 di dalam premis serta dalam kalangan pekerjanya untuk kelangsungan operasi dan perniagaan Petronas.

Katanya, Petronas mempunyai kewajipan seperti yang termaktub dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) untuk memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan semua kakitangannya termasuk penyediaan persekitaran kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Petronas terus mengekalkan komitmen ini dan mengharapkan semua pekerja, kontraktor dan pihak ketiga memberi kerjasama sepenuhnya dan mematuhi syarat kemasukan yang dikenakan syarikat.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Farehana Hanapiah ketika diminta mengulas kenyataan itu berkata , ia menggariskan komitmen mereka ke arah memastikan kakitangannya selamat, ke arah menyediakan persekitaran kerja dengan pengurangan risiko kepada kesihatan terutama dengan situasi COVID-19 semasa.

Beliau juga mengesahkan bahawa syarat kemasukan berkaitan telah dikenakan sejak Oktober dan berkata ia adalah salah satu daripada banyak langkah tegas yang dilaksanakan oleh Petronas untuk mengurus serta mengurangkan pendedahan COVID-19.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Tambahnya, kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan pekerja juga memberikan tahap keyakinan tambahan kepada mereka untuk melaksanakan kerja masing-masing secara fizikal dan membantu dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif Petronas.

Satu contoh ialah usaha semasa Petronas untuk memberikan bantuan kepada beribu-ribu rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir baru-baru ini yang mana kumpulan itu menjanjikan bantuan RM25 juta.

Pihaknya menerima sokongan yang luar biasa daripada ribuan pekerja yang menjadi sukarelawan dalam pelbagai usaha bantuan, sama ada yang diterajui secara langsung oleh syarikat atau unit dalam kumpulan atau yang dilaksanakan oleh pihak ketiga.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply