ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis buru lelaki larikan diri semasa pemeriksaan

Berita Tempatan

Views

Polis memburu dua lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan di Kampung Gaung di Pasir Mas, baru-baru ini.

Menurut Harian Metro, rakaman salah seorang suspek yang melarikan diri dalam kejadian jam 1 tengah hari itu tular di Facebook sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki berkenaan melarikan diri ke dalam semak dan gerakan mencari suspek sedang giat dijalankan.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Katanya, sebelum kejadian itu, anggota polis trafik membuat penugasan di lokasi dan menahan sebuah Proton Persona yang dinaiki tiga lelaki.

Ketika anggota menahan kenderaan itu, pada mulanya ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 37 tahun memberi kerjasama, tetapi selepas diarahkan berhenti di bahu jalan, kenderaan terbabit terus memecut laju, manakala seorang suspek melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

Hanya seorang sahaja suspek berusia 37 tahun berjaya ditahan dan lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Beliau berkata, dua lelaki iaitu pemandu, Mohamad Afiq Saiedi, 21, dan suspek yang dikejar anggota polis, Mohd Naim Azmi beralamat di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah melarikan diri.

Mohd Nasaruddin berkata, siasatan mendapati tempat kejadian adalah di Jalan Kampung Gaung dan lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek yang ditahan mendapati lelaki itu positif dadah jenis methaphetamine dan semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk berkaitan dadah.

Tambah beliau lagi, suspek yang melarikan diri sudah dikenal pasti dan polis akan membuat tangkapan ke atas lelaki itu dengan kadar segera. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply