ARKIB

KATEGORI

Buletin

PETRONAS Sprinta Bonanza – Isteri menang Y Suku untuk suami

Berita Tempatan

Views

Hajat seorang suami untuk memiliki motosikal Yamaha Y15ZR (Y Suku) termakbul setelah isterinya diumumkan sebagai pemenang bulan Julai peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza anjuran PETRONAS Lubricants Marketing Sdn Bhd (PLMMSB). Puan Norasyikin bin Mohd Salleh dari Johor menyertai peraduan itu dengan pembelian pakej minyak pelincir dan t-shirt Sprinta dari khemah PETRONAS di kejohanan PETRONAS Cub Prix di Pontian, Johor pada bulan lalu.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Katanya, beliau bersyukur dengan kerana telah berjaya menunaikan hasrat suaminya yang ingin membeli motosikal itu dalam masa terdekat. Namun, setelah menerima panggilan kemenangan dari pihak PLMMSB ia bertukar menjadi kegembiraan dan sekaligus membatalkan niat suaminya itu.

Beliau bersama keluarga telah datang ke acara PETRONAS Cub Prix pusingan keenam di litar Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu untuk majlis penyampaian hadiah kemenangan motosikal berkenaan. Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Berikut ialah senarai pemenang motosikal YAMAHA Y15ZR setakat ini:

  • Julai : Norasyikin binti Mohd Salleh
  • Jun : Ahmad Shafiq bin Ahmad Sharifudin
  • Mei : Muhamad Faez bin Aju
  • April : Mohd Arif bin Mohmad Yasin
  • Mac : Sahrulnaim bin Sahrahan

Masih tinggal dua(2) buah Yamaha Y15ZR untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan pada 30 September nanti. Hadiah kedua (Yamaha R25) dan utama (Yamaha R6) peraduan bakal disampaikan di acara bersempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan PETRONAS YAMAHA SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply