ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Foto Land Rover Defender baharu bocor lebih awal di lokasi penggambaran filem James Bond

Foto Intipan

Views

Nampaknya foto Land Rover Defender generasi baharu bocor lebih awal sebelum penampilan global pertamanya menerusi filem terbaharu James Bond. Foto ini mula tersebar menerusi akaun Instagram milik shedlocktwothousand, kira-kira beberapa yang lalu dan setakat ini telah memperolehi 248 likes.

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

Dari foto yang ada, kita dapat melihat rekaan sebenar Defender generasi baharu tanpa sebarang celoreng penyamaran dan ia masih membawa kesinambungan rekaan warisan turun-temurun dari model-model generasi sebelumnya. Secara kasar, reka bentuk luarannya masih mengekalkan beberapa identiti rekaan asal Defender tetapi ia diolah dengan gaya yang lebih moden dan ia nampak lebih tegap.

Rekaan hadapannya kini lebih kemas dengan bentuk lampu utama separa bulat bersama jeriji dan bampar yang agak ringkas. Lengkung tayarnya kini lebih lebar sekaligus menampakkan kekuda yang lebih kukuh dan menyerlahkan penampilannya sebagai jentera untuk kegunaan lasak.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Nama Defender sangat penting kepada Land Rover kerana ia memiliki sejarah warisan dan menjadi tunjang kepada jualan jenama tersebut selama ini. Bila kita sebut sahaja nama Defender, sudah tentu kita ingat sebuah pacuan empat roda yang mempunyai reputasi sebagai raja di jalanan mahupun belantara.

Nampaknya Defender sudah berevolusi namun ikon British ini tetap mengekalkan warisan tradisinya. Kami jangka model ini bakal memberi keterujaan kepada para peminatnya dan mampu menghadirkan saingan sengit kepada  Mercedes-Benz G-Class (G-Wagen).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply