ARKIB

KATEGORI

Tular

Rupanya ekor ‘Harimau Malaya’ yang menangis ini sanggup jual Yamaha 135LC untuk ke Qatar!

Tular

Views

Ini kisah ‘semangat patriotisme’ yang luar biasa! Jika anda menonton siaran langsung aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di antara Malaysia dan Korea Selatan malam tadi, pastinya wajah pemuda ini menjadi tumpuan ramai.

Reaksi spontan ekor ‘Harimau Malaya’ yang menangis di dalam stadium sejurus Malaysia menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti Arif Aiman Hanapi, sempat dirakam oleh lensa kamera dan kini mula tular di media sosial.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Namun sebelum dia menjejakkan kaki ke Qatar, ada cerita yang lebih menarik kerana pemuda yang bernama Derrick Gan ini sanggup menjual motosikal Yamaha 135LCnya untuk menyertai ekor ‘Harimau Malaya’ yang lain.

Pada 28 Disember tahun lalu, pemuda dari Melaka ini telah memuatnaik satu hantaran di akaun Facebooknya yang mahu mencari dana ke Qatar dengan menjual motosikal Yamaha 135LC yang digunakannya setiap hari.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Harga yang ditawarkannya pada ketika itu adalah RM4,500 dan ia masih boleh dirunding. Katanya, dia sanggup melepaskan motosikal ini demi untuk menyaksikan aksi skuad Harimau Malaya yang layak secara merit ke Piala Asia.

Enjin Yamaha 135LC miliknya itu dalam keadaan yang baik dengan bahagian luarannya masih mengekalkan komponen asal. Motosikal itu juga turut dilengkapi dengan kotak menyimpan barangan dari jenama Givi.

Sebenarnya Derrick Gan telah mengajar kita ‘erti semangat cintakan negara’ dan pengorbanannya ini turut mencetuskan inspirasi buat rakyat Malaysia. Kami cukup kagum dengan anda!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Derrick Gan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply