ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peugeot perkenal varian elektrik, E-308 dan E-308 SW

Berita Global

Views

Barisan model Peugeot 308 dipelbagaikan lagi dengan pelancaran varian elektrik-penuh, E-308 hatchback dan E-308 SW. Kedua-dua varian ini bakal menjengah ke pasaran pada pertengahan tahun hadapan.

Ia dilengkapi dengan bateri bervoltan-tinggi 54 kWj yang diperbuat daripada 80 peratus nikel, 10 peratus mangan, dan 10 peratus kobalt.

Bateri ini menggunakan sistem 400-volt, namun jarak tempuhnya masih lagi rahsia. Menurut Peugeot, kedua-dua varian ini mampu bergerak melebihi 400 km untuk sekali cas penuh.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Kecekapan aerodinamik juga menjadi fokus utama pengeluar kereta Perancis itu dalam pembangunan model ini. Reka bentuk hadapan telah dioptimumkan, termasuk bahagian bawah badan dan rim aluminum 18-inci dengan rekaan baharu.

Tayar geseran-rendah turut menjadi spesifikasi standard dan Peugeot mendakwa, penggunaan tenaga purata E-308 dan E-308 SW berada pada 12.7 kWj bagi setiap 100 km. Selain itu, ia turut didatangkan dengan pengecas tiga-fasa secara standard dengan penarafan kuasa 11 kW.

Apabila dipasang pada pengecas 100 kW, takat baterinya boleh ditingkatkan daripada 20 peratus kepada 80 peratus dalam masa kurang daripada 25 minit.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ia dipacu oleh motor elektrik yang menjana 156 kuasa kuda dan 260 Nm daya kilas. Difahamkan pemandu boleh memilih mod pemanduan sama ada Eco, Normal, Sport, dan Brake.

Ruang kabinnya pula boleh dikatakan hampir sama sahaja dengan versi pembakaran dalaman dan ia menampilkan Peugeot i-Cockpit generasi baharu  dengan stereng kecil bersama ciri pemanas, paparan dongak digital 3-dimensi dan skrin sesentuh bersaiz 10-inci di bahagian tengah.

Buat masa ini, Peugeot masih belum mengumumkan harga jualannya dan butiran lanjut mengenai kedua-dua model tersebut. Kata Peugeot, pembeli di beberapa pasaran boleh membelinya menerusi laman jualan dalam talian terbaharunya dan kereta tersebut boleh terus dihantar ke depan pintu rumah secara percuma.

E-308 dan E-308 SW juga boleh diaktifkan menerusi aplikasi telefon pintar MyPeugeot yang boleh menjadualkan pengecasan secara jarak jauh atau melancarkan program pra-kondisi haba untuk bateri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply