ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga kapal OPV Maritim Malaysia masih belum siap

Berita Tempatan

Views

Pandemik COVID-19 menjadi punca kelewatan penyerahan tiga Kapal Peronda Luar Persisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sepatutnya diterima pada tahun lalu.

Berita Harian melaporkan, Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata kapal peronda yang dibina oleh syarikat tempatan, THHE Destini Sdn Bhd itu, masih dalam pembinaan dan berada di Pulau Indah.

Katanya, kapal OPV 1 yang sepatutnya dilancarkan ke air pada hari ini iaitu 13 September 2022, namun ia gagal dilakukan kerana kapal masih tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Berikutan itu syarikat berkenaan akan mengubah cara pelancaran iaitu daripada Launching Cradle kepada sistem pelancaran Air Balloon dan ia dijangka direalisasikan pada 10 Oktober ini.

Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan jika pelancaran itu dapat direalisasikan pada tarikh berkenaan, besar kemungkinan untuk kapal OPV 1 dapat diserahkan kepada pihak APMM pada awal 2023.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan mendedahkan timbul tanda tanya mengenai status tiga kapal OPV Maritim Malaysia yang masih belum diterima.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Agensi itu sepatutnya menerima sebuah kapal OPV pada Ogos lalu selepas kerajaan memberi lanjutan sehingga 18 bulan kepada syarikat TH Heavy untuk menyiapkan tiga kapal OPV berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Zubil berkata, dua lagi kapal iaitu OPV 2 dan OPV 3 akan diserahkan kepada pihaknya secara berperingkat.

Pihaknya berharap ketiga-tiga kapal peronda ini dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia dengan kadar segera, walaupun ia sudah dua tahun melewati dari tarikh asal penyerahan.

Ttambahnya, ketiga-tiga kapal OPV ini amat diperlukan oleh pihak Maritim Malaysia pada masa kini bagi menguatkuasakan undang-undang di dalam perairan negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit APMM dan Malaysiandefence.com

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply