ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pierre Leclercq tambah kekuatan pasukan rekabentuk KIA

Views

Gergasi automotif dari Korea Selatan, kumpulan Hyundai-KIA menambah kekuatan pasukan rekabentuk mereka dengan mengambil Pierre Leclercq yang merupakan seorang warganegara Belgium dan pernah mendapat pendidikan di California. Leclercq memulakan kariernya dengan Zagato dan studio Ford’s Ghia di Itali sebelum naik pangkat semasa di BMW sebagai pereka senior pertama di Los Angeles, kemudian ke Munich sebagai ketua pereka untuk bahagian prestasi BMW M.

Leclercq telah berhirah ke Great Wall Motors pada 2013 untuk menjadi ketua pereka dan kini beliau akan meninggalkan syarikat pengeluar automotif dari China itu untuk menyahut cabaran baharu sebagai ketua penggayaan untuk KIA. Beliau sememangnya memilih destinasi yang tepat untuk memperkasakan portfolionya kerana berpeluang untuk bekerja di bawah ketua pereka kumpulan Hyundai-KIA, Peter Schreyer.

Selain itu, Hyundai juga telah menyambar Luc Donckerwolke untuk berkhidmat dengan jabatan rekabentuk Genesis dan juga mantan pereka Bugatti, Alexander Selipanov untuk bekerjasama dengannya. Syarikat itu juga mengambil bekas ketua jurutera BMW M untuk mengetuai sub-jenama prestasi N.

Pierre Leclercq memiliki wawasan yang unik mengenai rekabentuk kenderaan global dan ini bakal mengukuhkan lagi identiti rekabentuk KIA serta memastikan syarikat terus konsisten menjadi peneraju dalam rekabentuk menerusi model-model baharu dalam segmen baharu. Beliau akan memulakan khidmatnya bulan ini dan akan mengarah strategi rekabentuk KIA dan menyelaraskannya dengan studio rekabentuk KIA di Korea, China, Eropah dan Amerika Syarikat.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply